June 29, 2008

Kuih Gelang

Haaaa..hari ni aku tetiba sampai mood rajin.. Try buat kuih gelang with my sister. Hehe.. Nanti try la yek. Senang jer buat dier... Cuma leceh sikit... :)


Bahan-bahannya ialah.....
4-5 ketul ubi keledek (bersaiz sederhana)
2 cawan tepung gandum
Gula
Garam

Cara-cara membuatnya:-

1. Rebus keledek hingga empuk. Semasa merebus, masukkan 1 sudu besar garam supaya keledek tidak terlalu tawar setelah digoreng nanti.
2. Bila keledek telah direbus, sejukkannya dulu.
3. Kemudian lecek/penyetkan keledek tadi serta gaul bersama tepung. Uli hingga sebati.
4. Setelah sebati diuli, tempa adunan tadi menjadi bentuk gelang. Macam biasa la rupa kuih gelang. Kalau nk buat bentuk bulat2 pun boleh. Tempa bersama sedikit tepung supaya tidak melekat.
5. Setelah siam ditempa boleh la digoreng.
6. Untuk gulanya pula, gula ni perlu dimasak, tetapi tidak terlalu lama.
7. Panaskan kuali, masukkan air dulu pastu masukkan gula putih yg biasa tu. Kacau hingga pekat.
8. Bila dh agak pekat, masukkan keledek yg dah digoreng tadi dan gaul sebati dengan gula tadi.
9. Sedia dihidang.... :)

Kerabu....


Ha...ni resipe mak aku...kerabu ulam... Tapi kerabu ni kerabu mentah yg x bermasak. So, kalau dh buat kene terus makan ngan nasi... Tak sedap kalau simpan2.
So..here the recipe...

Bahan-bahannya ialah:-
Kacang botol.kelisa - dipotong nipis
Daun selom
Daun pegaga
Kacang panjang - dihiris nipis
Sekuntum bunga kantan - dihiris nipis
bawang merah - hiris nipis(ptg bulat)
Limau nipis/kasturi - lagi sedap pakai limau nipis.

Bahan2 untuk sambal:-
kelapa yg dah diparut
sedikit cabai masak+cili padi
sedikit bawang merah
sedikit garam
garam secukup rasa

Bahan untuk sambal ni semua kene tumbuk dulu sehingga separuh lumat.
Dah siap ditumbuk gaulkan dengan semua ulam-ulaman yg dah dihiris dan dipotong tadi.
Perah sedikit asam limau tadi dan masukkan bawang merah yg dh dipotong bulat.
Gaul hingga sebati dan sedia dihidang.

June 16, 2008

Murtabak Maggie


Bahan-bahannya ialah...
2 bungkus maggi curry + 1 bungkus perencah
4 biji telur
1 1/2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara2 Membuatnya :-

1. Celur maggi dan toskan.
2. Pukul telor hingga kembang.
3. Masukkan perasa curry yang ada dalam bungkusan maggi kedalam adunan telor tadi.
4. masukkan juga cili dan bawang yg tlh dihiris halus.
5. Masukkan sedikit lada sulah mengikut selera dan sedikit garam secukup rasa dan pukul lagi adunan hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan maggi kedalam adunan telor dan dadarkan dalam kuali yang ada sedikit minyak. Buat seperti dadar telor yang biasa kita buat.

Senang je kan? So, leh la korang cuba buat murtabak maggie ni untuk minum2 petang dengan family. Simple, senang and cepat..!!! :)

Sambal Goreng Tempe (Jawa Style)

1 kati Ubi kentang dipotong jejari dan digoreng
6 keping tempe dihiris nipis juga digoreng
1 kati paru direbus dan dipotong nipis (boleh dipelbagai dgn udang, kerang, mempedal ayam etc)
10 biji cabai masak dihiris nipis
10 tangkai cabai kering dipotong nipis
RM1.00 suhun direndam lembut
5 keping tauhu dipotong dadu & digoreng
2 papan petai dikupas kulit dan belah dua
5 biji bawang kecil dimayang halus
5 biji bawang putih dimayang
2 inci halia dimayang
secubit belacan
ayer asam jawa secukup rasa
1 senduk kicap
1 senduk gula
1 sudu kecil garam
secubit Ajinamoto

Cara-cara masaknya.
1. Bawang kecil, putih, halia ditumis hingga kekuningan lepas tu masukkan belacan secubit (tekan-tekan dgn senduk bagi hancur sikit).
2. Dah tu masukkan cabai masak, cabai kering, suhun, petai, kicap, gula, garam, ajinamoto dan ayer asam jawa. (rasa sikit kalau ada yang kurang tu tambah apa-apa yang patut, masakan rasanye pedas-pedas manis sikit)
3. Lepas tu agak-agak dah 3-4 minit campur paru, ubi kentang, tempe, tauhu dikacau rata dan boleh lah dihidangkan.