December 17, 2008

Sambal Tumis Udang



Bahan-Bahannya ialah....

1. Udang
2. Bawang
3. Cili mesin
4. Air asam jawa
5. Garam
6. Gula

Cara-Cara Membuatnya...

1. Tumiskan cili mesin hingga garing. (Cili mesin aku selalunya dh di blend sekali bersama bawang putih n bawang merah). Jadi kalau korang beli cili boh kedai, tumiskan bawang putih & bawang merah yg telah dikisar dahulu.. baru masukkan cili boh yer..
2. Masukkan sedikit garam n gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
3. Bila bahan dah garing, masukkan udang yg telah dicuci bersih.
4. Gaul hingga sebati dan jatuhkan air asam mengikut rasa.
5. Gaul hingga mendidih, lepas tu masukkan bawang merah yg telah dipotong bulat sebagai hiasan.
6. Sedia dihidang....

Ni resipi aku yg paling senang dan cepat untuk perut yg tgh lapor.. hehehe...
Selamat Mencuba..!!!

Popiah Daging

Hehehe.. last week dah buat pegedel, daging korban aku masih byk. Jadi, dari aku biarkan keras je dalam fridge tu.. Aku buat popiah daging. Saje je.. buat2 minum ptg...hehehe... :)

Bahan-bahannya ialah...

Kulit popiah
Daging cincang/blander
MixVege
Bawah merah (potong dadu)
Sedikit garam
Sedikit Rempah kari daging
Daun sup (dicincang halus)
Cili boh (cabai mesin)

Cara-cara membuatnya...

(Untuk Inti)
1. Tumis bawang yg dipotong dadu tadi hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit cili mesin ikut citarasa. Sapa yg suka pedas, letaklah lbh sikit.
3. Bila bahan tumisan dah sedikit garing, masukkan daging cincang tadi. Gaul sebati dan biarkan daging masak dan empuk.
4. Masukkan mixvege ikut sukatan daging tadi. Kalau boleh biar daging lbh byk dr mixvege. Nanti berair.. susah nk bungkus.. hehee..
5. Masukkan rempah, garam dan daun sup. Gaul hingga sebati sampai ramuan betol2 masak dan biarkan dia sedikit kering.
6. Siap diangkat dan biarkan dia sejuk.

Jadi bila ramuan dah disejukkan, bungkus laa dengan kulit popiah tu. Siapa yg suka besar, belilaa kulit yg besar sikit, leh jadi mini murtabak. Kalau x buat mini popiah jer.. heheh..

Lepas dah bungkus.. goreng laa.. apa lagi...!!! Kalau boleh jgn pakai minyak byk masa goreng, nanti dia serap minyak. Sebab intinnya tu kan dah bertumis.. Kurangkan minyak dalam masakan supaya sihat... Hahahaha...

SELAMAT MENCUBA SEMUA....!!!!!

December 16, 2008

Pegedel Daging

**Re-update on 18/7/2013



Bahan-Bahannya ialah...

- Daging cincang
- 5 biji Ubi kentang (kalau daging byk, lebihkan la sikit)
- Sedikit garam
- Sedikit lada hitam
- Sedikit lada sulah
- Daun sup dicincang halus
- Telur
- Serbuk roti - aku tumbuk roti 4segi/hupseng tu jer.

Cara-cara membuatnya....

1. Basuh dan potong ubi kentang kemudian rebuskan.
2. Masukkan sedikit garam semasa merebus dan rebus hingga ubi kentang betul2 empuk.
3. Bila ubi dah empuk, angkat dan terus lenyek ubi tu hingga hancur.
4. Kemudian masukkan semua bahan2 yg lain dan gaulkan bersama ubi yg telah dilenyek tadi hingga sebati.
5. Dah siap gaul, bentukkan pegedel tadi bulat2 mengikut saiz kesukaan masing2.

Untuk menggoreng..
1. Pukul telur bersama serbuk roti tadi.
2. Kemudian celupkan rata pegedel yg telah dibentuk tadi dan goreng dengan api sederhana.

Siap untuk dihidang..!!!

Sebelum digoreng


SELAMAT MENCUBA...!!!!