July 8, 2008

Kek Biskut Marrie

Haaa.....ni resipi kek dari my auntie. Hehehe... Memandangkan kek ni senang jer nak buat, and bahan2 nyer pun x susah sgt nak dapat... Jadi saya pun cuba ler...
So, u all leh ler try... Leh juger buat2 minum petang... :)



Bahan-bahannya :-
1 cawan air
1/2 cawan butter
3/4 cawan serbuk koko
1 tin susu pekat manis
1 bungkus biskut marrie

Cara-cara membuatnya :-
1. Panaskan kuali dan masukkan air, susu, butter dan serbuk koko.
2. Kacau semua bahan tadi hingga sebati dan pekat.
(kene kacau non-stop yer, supaya adunan akan nampak cantik dan x berketul2.)
3. Akhir sekali patahkan biskut marrie kepada 4 bahagian dan masukkan semuanya ke dalam adunan tadi dan kacau lagi hingga sebati.
(kalau boleh jgn terlalu lama, nanti biskut kembang and jadi x cantik dan rasanyer pun kureng).
4. Lepas dah gaul semua hingga sebati, masukkan ke dalam bekas. Susun biskut tu cantik2 dan tekan2 supaya sekata.
5. Sejukkan adunan ni dulu selama beberapa jam.
6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
7. Bila dah sejuk tu dah boleh dihidang....

July 4, 2008

Pasta Salad

Yeah...finally aku sempat gak buat pasta salad ni. Dah lama teringin makan, tapi lom sempay nk buat jer. So hari ni a bit free sikit.... Ni la hasilnya.....


**Kuantiti bahan2 ni korang agak2 la sendiri untuk berapa org makan yer. Aku buat ni untuk 2-3 org makan jer***

Bahan-bahannya :-

Spiral pasta
Setengah kuntum besar Broccoli - dipotong kecik
Setengah kuntum bunga kobis - dipotong kecik
Daun salad - potong ikut suka size masing2
Daun kobis - dihiris nipis (kobis purple)
Sebiji Lada benggala (merah) - dihiris nipis
Button Mushroom (cendawan butang) - dihiris nipis
Bawang merah - potong bulat nipis2
Olive Oil (minyak zaiton)
1 ketul isi ayam - dihiris
Sedikit Lada sulah
Sedikit Oregano
Sedikit garam

Cara-caranya :-

1. Memula kene rebus dulu la spiral pasta tu mcm biasa. Masa merebus letak sedikit olive oil supaya x melekat dan letak jugak sedikit garam.
2. Kemudian cuci bersih2 broccoli, button mushroom & bunga kobis. Then celup dalam air panas. Sekejap je, jgn lama, nanti lembik x sedap.
3. Rebus isi ayam. Then lepas tu potong dadu2.
4. Bila semua bahan dah direbus/dicelur, angkat dan toskan. Bagi sejuk kejap.
5. Kemudian gaulkan semua bahan2 tadi dengan olive oil, lada sulah, oregano dan jika perlu letak garam secukup rasa. Kalau nk rasa pedas2 sikit, letak black pepper.
6. Siap dihidang.

SELAMAT MENCUBA KENGKAWAN..!!!!

July 1, 2008

Bubur Pulut Hitam

Hari ni tiba2 jadi pompuan ngidam..terinigin nk makan bubur pulut hitam. Konon2 tadi nk beli jer kat belakang umah tu ade jual bubur sedap. Tapi mak aku kata x yah beli, kat umah mmg ade pulut hitam...masak jer sendiri... Dia kata bukan susah pun masak bubur ni. So, aku pun try la. Macam biasa ni resipi mak aku jugak. Almaklumlah kan, org tua ni banyak resipi and petua2 memasak ni... Hehehe.... So..ni la hasilnya bubur pulut hitam aku.

Nanti korang try la buat plak. Memang betol kata mak aku, x susah buat bubur ni. So, try it.. buat2 minum petang ngan family.... :)
Here the recipes....

(Anggaran utk 4-5 org makan)
Bahan-bahannya ialah.....
1 cawan penuh pulut hitam
Santan dari sebiji kelapa
Gula putih secukup rasa
2 helai Daun Pandan

Cara-cara membuatnya:-
1. Pertama sekali pulut hitam mesti dibasuh bersih dan direbus sehingga kembang. Semasa merebus, jika air rebusan semakin kering, tetapi pulut belum kembang, tambahkan lagi air, begitu la seterusnya hingga pulut benar2 kembang/lembut.
2. Bila pulut dah kembang, masukkan santan tadi, kacau hingga sebati. Biarkan santan tu bebetul masak. Kene keep on kacau supaya x pecah minyak.
3. Masukkan gula mengikut citarasa masing2. Sebab ada yg suker manis so boleh la letak lebih.
4. Biarkan ia mendidih dan masukkan daun pandan tadi. Daun pandan pun perlu dibasuh bersih2 dan diikat. Untuk bubur tu berbau harum....
5. Siap untuk dihidang.