September 15, 2009

Mee Kung Fu


Bahan-bahanya ialah....
Mee kuning/mee sanggul
Telur
Bawang putih - ditumbuk
Mix vege
Fish ball
Udang - buang kulit
Ayam - rebus separuh masak
Tepung jagung
Sos Cili
Sos Tiram
Kicap
Garam

Cara-cara Membuatnya...
1. Goreng mee kosong dengan kicap, sos cili n sos tiram. (Put aside)
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan air rebusan ayam tadi, ayam, udang dan mix vege. (kalau suka sayur, letak la sayur2 lain mcm carrot, sawi or anything...)
4. Setelah mendidih, jatuhkan fishball dan biarkan seketika.
5. Masukkan tepung jagung yg dah siap dibancuh dgn air panas. Ia bertujuan supaya tepung tidak berketul.
6. Setelah agak pekat dan mendidih.. masukkan putih telur, kacau sedikit dan terus tutup api.
7. Tuangkan kuah ke atas mee goreng kosong tadi.


Selamat Mencuba...!!!!

September 12, 2009

Mee Udang

Ni resipi aku reka sendiri jer. Oleh kerana kepala hotak ni dah pening pikir resipi apa nk buat untuk berbuka... Aku bantai jer la buat Mee Udang ni. Asalnya tengok2 jer Mama Mertua aku masak, tgk mcm simple2 jer. So aku pun try la... Senang je nih... Cuba la yer...


Bahan-bahannya ialah....
Udang
Mee
Cili Mesin
Sos Tomato
Sos Cili
Fish Ball
Taugeh
Bawang putih - ditumbuk
Bawang Merah - ditumbuk
Garam
Gula
Air
Telur

Cara-cara membuatnya....
1. Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin mengikut tahap kepedasan yg anda suka. Biarkan ia garing sekejap.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato beserta garam dan gula. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan udang dan air. Biarkan hingga mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan taugeh, fish ball dan telur.
6. Hancurkan telur tu supaya kuah nampak lebih pekat.
7. Akhir sekali baru jatuhkan Mee. Setelah mee dimasukkan, gaul hingga sebati selama lebih kurang 3-5 min jer. Pastu terus tutup api.
8. Terus dihidang dan makan ketika masih panas. Kalau boleh jgn lambat hidang, tkot kuah mee tu akan meresap n mee kembang... ;)

Tips :- Kalau rasa nk hidang lambat atau nak buat untuk open house ker, masak kuah asing. Mee tu celur kemudian. So lewat makan pun x pe...

Selamat Mencuba...

Black Pepper Chicken Chop

This is the recipe that I've modified a bit. Saja jer nak cuba2, but I just done it with my own version la. So, cuba2 la yer. Senang jer buatnyer. Sedaapp..... :)



Bahan-bahannya ialah....
Ayam (kerat 6) - ikutlah untuk hidangan brpa org. 1 kerat, 1 hidang
Bawang Putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Sos cili
Sos Tiram
Serbuk Lada hitam
Olive Oil
Garam
Gula

Cara-cara membuatnya...
1. Cuci ayam sebersihnya dan toskan.
2. Masukkan bawang dan halia yg dah ditumbuk tadi ke dalam bekas ayam bersama dengan sos cili, sos tiram, olive oil dan sedikit garam dan gula.
3. Gaul hingga sebati dan perapkan semalaman..
4. Esoknya, boleh terus dibakar dengan api pelahan dan sedikit minyak zaitun.
5. Alih2kan ayam. Masak lebih kurang 15-25min. Biar lama sikit pun x per, supaya bahagian dalam ayam betul2 masak.
6. Setelah ayam siap dihidang, baki sos perapan tadi tu boleh dibuat black pepper sos.
7. Masukkan lebihan perapan tadi ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air kalau nk sos lebih.
8. Masukkan sedikit garam, dan tambahkan lagi lada hitam yg ditumbuk. Biar kasar sikit pun x pe, supaya terasa pedas lada tu sikit.
9. Kemudiankan letakkan sedikit tepung supaya kuah menjadi sedikit pekat.
10. Kemudian kuah black pepper td dituangkan di atas ayam yg dah dibakar tadi.
11. Siap dihidang...
12. Untuk hidangan sampingan boleh la goreng french fries dan buat laa coeslow sikit. Ikut selera masing2 la yer...

Selamat Mencuba... :)

September 8, 2009

Fettuccini Carbonara



Bahan-bahannya ialah....
Fettuccini - mee yg mcm spaghetti tp lebar sikit.
Button Mushroom
Campbell Soup (mushroom)
Fresh Milk
Oregano
France Herbs
Bawang putih
Butter
Olive Oil

Cara-cara membuatnya....
1. Rebus fettucini hingga lembut bersama sedikit butter supaya x melekat.
2. Cincang bawang putih dan tumis bersama olive oil hingga naik bau.
3. Masukkan sup campbell, sedikit fresh milk dan biarkan ia mendidih.
4. Masukkan button mushroom yg dah dihiris.
5. Masukkan sedikit garam, oregano and france herbs.
6. Bagi yg nak pedas, boleh taburkan sedikit serbuk lada hitam.
7. Tuangkan kuah carbonara ni diatas fettucinni dan siap dihidang.

September 4, 2009

Nasi Lemak Kukus

Ni resipi sendiri2 cuba ni. Hari tu teringin nak makan nasi lemak kukus. So, cuba2 la cari resipi kat intenet and try la. Tak sangka jadi plak.. So, cuba la yek... Tp sorry la x de gambar, lupa plak nak amik.... ;)

Bahan-bahannya ialah....

Beras
Santan pekat
Daun Pandan
Halia - dihiris nipis
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara-cara membuatnya....
1. Basuh dan rendam beras tu lebih kurang 2-3 jam. Sebab nak kasi beras tu memanjang sikit supaya nanti lepas dikukus nampak cantik.
2. Didihkan air dalam periuk pengukus and Kukus beras tu dlm 20 minit, agak2 beras separuh masak and nampak kering.
3. Lepas tu, keluarkan beras dari pengukus td dan rendam dengan air. Biarkan dia rendam smpai beras tu dah sejuk sikit.
4. Lepas tu kukus sekali lagi beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar sekejap dlm 10 minit. Sebab nak kasi santan tu menyerap masuk dalam beras.
7. Last sekali, kukus sekali lagi nasi dan letakkan daun pandan hingga nasi masak....
8. Siap dihidang.... paling sedap kalau mkn ngan rendang ayam... ;)

SELAMAT MENCUBA...!!!!!



August 27, 2009

Mee Sanggul Hailam (Gravy)

Semalam d0k jalan2 jumpa org jual mee sanggul buatan org Melayu n halal. So, saja la try beli nk cuba rasa. So aku pun buat la masak hailam ala2 gravy. Tapi sorry la sesangat2, sebab x sempat nak amik gambar. Buka puasa jer terus bedal.. hahaha... lapor punya pasal... :P

Bahan-bahannya ialah...
3 gulung mee sanggul
ayam
carrot
bunga kobis
2 biji telur
bawang putih
bawang merah
cili mesin
sos cili
sos tiram
Air
Garam

Cara-cara membuatnya....
1. Rebus mee sanggul. Tp jgn terlalu lama. Cukup sekadar mee tu lembut. Angkat dan toskan kemudian bilas dengan air sejuk supaya lendir pada mee tu hilang.
2. Tumbuk bawang putih n bawang merah dan tumiskan. Setelah naik bau, masukkan cili mesin. Biarkan hingga sedikit garing.
3. Masukkan ayam, carrot dan bunga kobis. Masukkan juga sos cili, sos tiram dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan air. Biarkan hingga air tu mendidih dan masukkan mee sanggul yg tlh direbus tadi.
5. Pastu pecahkan telur dan hancurkan supaya kuah tu pekat.
6. Sesapa yg nk lebih pedas, ketuk cili padi and masukkan je sekali.
7. Siap dihidang. Kene terus makan ni, x leh simpan2, sebab kuah dia meresap.. nanti kembang x sedap.. Makan panas2... Fuuhh.... lazatnyer.. hehehe..

Selamat Mencuba....

August 13, 2009

Kuetiaw Paprik

Haaa... resipi ni aku saja je reka2 sendiri. Sebab dah boring dengan nasi. So, saja la tukar menjadi kuetiaw paprik plak. Cuba laa.... ;)


Bahan-bahannya ialah...
Kuetiaw
Ayam
Mix vege
Bunga Kobis
Cili Mesin
Sos Tiram
Daun Limau Purut - dikoyakkan
Serai - diketuk
Bawang putih - cincang
Bawang Besar - potong dadu & bulat
Garam

Cara-cara Membuatnya :-
1. Celur kuetiaw dan toskan.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yg dipotong dadu tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit cili mesin. Ikutlah tahap kepedasan kesukaan masing2.
4. Masukkan ayam, cili sos dan sos tiram dan serai yg dah diketuk. Masukkan sedikit garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan bunga kobis dan mix vege. Letakkan sedikit air.
6. Biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan daun limau purut. Koyakkan sedikit daun tu supaya naik bau dan jatuhkan juga bawang besar yg dipotong bulat tadi.
7. Siap untuk dihidang.
8. Makanlah bersama kuetiaw yg dah dicelur tadi... yummyy... ;)

SELAMAT MENCUBA..!!!

July 1, 2009

Ayam Kerisik Ala Zai....

Haaa... Actually ni resipi dari Puan Mimi kiter. Ayam goreng kerisik. Dia buat ala2 kering gitu. Memang mcm ayam goreng la. Tapi memandangkan resipi tu melalui sms jer, jadi la ayam kerisik lembab ala zai ni haa.. Hehehe.. Cuba la yer.. ;)

Bahan-bahannya ialah...
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kerisik
Kunyit
Garam
Bawang besar (potong bulat-hiasan)

Cara Membuatnya...
1. Basuh ayam bersih2 dan gaulkan dengan sedikit kunyit, sedikit garam dan sedikit kerisik.
2. Goreng ayam tersebut separuh masak.
3. Tumbuk bawang putih, merah dan halia tadi.
4. Setelah ayam separa masak, angkat dan toskan minyak.
5. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi hingga naik bau.
6. Masukkan kerisik lagi dan jatuhkan ayam tadi. Gaul hingga sebati.
7. Masukkan bawang bulat tadi dan gaul hingga ayam masak dan kerisik sebati.
8. Siap dihidang.

Selamat Mencuba...!!!!!

June 23, 2009

Sayur Campur with Meatball


Yeaaayyy.... dah habis da cuti kawen... I'm back to work again and back to cook. Sekarang ni x leh nak hanky-panky daa. Dah ada hubby, hehari kene masak something bg dia bawak bekal g keje. Tak sampai hati plak nengok dia makan nasi bungkus je hehari. Luckily hubby x cerewet sgt bab makan ni. Apa je aku masak, sumer dia telan. Dia cuma jadi pengkritik tetap je la. Hehehehe.... So, hari ni dok menung gak nk masak sayur pe. Bukak fridge, cuma ada bunga kobis n putik jagung. Bole laa.... So here the combination... (hubby kata sedap) ;)
Lets try...

Bahan-bahannya ialah.....
Bunga Kobis
Putik Jagung
Meatball
Bawang Putih - cincang
Bawang Merah - hiris nipis
Sedikit black pepper
Sedikit garam
Air
Minyak

Cara-caranya....
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan meatball dulu. Biarkan dia garing bersama bawang2 tadi.
3. Lepas tu baru jatuhkan bunga kobis n putik jagung. Kalau korang ada carrot or kacang panjang pun leh campur sekali yer. (aku ni kurang bahan td..hehehe)
4. Masukkan sedikit air dan gaul hingga sebati dan biarkan hingga sayur2 tu separa empuk.
5. Taburkan black pepper n garam secukup rasa.
4. Siap dihidang..... ;)

May 22, 2009

Away for couples of months....

Owh, its been awhile this blog never update any latest recipe..
It was because I'm too bz with my wedding preparation...
Will update again after my wedding... hehehe...

Wish me luck....

Pan Mee Berkuah ala Zai...

This is my very own recipe. Saja jer nk try, x sangka plak sedap..hehehe.. Bukan nk puji diri sendiri, tp td rasa2 kira ok la.. boleh la makan.. hehehe.. okla, merepek plak aku ni. 
Here's the recipes.... ;)


Bahan-bahannya ialah...
Pan Mee
Sayur campur-mixfruit
Ayam - potong dadu
Sosage - potong nipis2
Cili Mesin
Sedikit susu segar @ santan
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Lada hitam - sedikit
Garam secukup rasa
Air
Minyak

Cara-cara Membuatnya...
1. Panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
2. Kemudian masukka ayam dan sayur campur, gaul hingga sebati.
3. Masukkan sos cili, tomato and sos tiram.
4. Gaul hingga sebati dan masukkan air.... biarkan hingga mendidih.
5. Lepas tu boleh jatuhkan pan mee. Biarkan hingga pan mee sedikit lembut dan terus tutupkan api. Siap untuk dihidang...

Pan Mee ni sedap kalau lepas masak terus makan. Sebab kalau simpan nanti mee tu kembang dan kuahnya meresap.
Selamat Mencuba.....


May 16, 2009

Macaroni Cheese

Kebetulan ada sedikit kelapangan nih... Semalam aku cuti sehari, and having a rest, tetiba teringin plak nk makan macaroni cheese. Dah lama giler x makan.. Tingat zaman dolu2 buat macaroni cheese ngan member2 opis lama kat Ipoh... So, smlm g tesco, beli la bahan2nya.. Senang jer buat ni, nanti u all try yek... ;)


Bahan-bahannya....
Philadelphia Cheese
Macaroni
Susu segar
Butter
Oregano
Sedikit Garam

Cara-cara membuatnya...
1. Rebus macaroni hingga kembang, tp jgn terlampau lembik.. biar dia kental2 sikit...
2. Bila macaroni dh siap direbus, toskan dan biar ia sejuk dalm 10minit mcm tu.
3. Pastu tuang macaroni dalam periuk, dan bukak api perlahan...
4. Masukkan cheese yg dah diparut atau dipotong dadu... biarkan ia cair...
5. Pastu masukkan butter dan sedikit susu segar.
6. Taburkan garam secukup rasa, kalau boleh jgn byk coz butter n keju tu dh masin.
7. Gaul adunan tu hingga bebetul sebati. make sure cheese and butter tu dah cair...
8. Kalau dah sebati, angkat dan hidang, taburkan sedikit oregano.... Siap dihidang...

March 3, 2009

Dalca

Here my mom recipe. Antara resipi turun temurun nih. Hehehe... Tp serious tau, kalau mak buat dalca mmg sedap, dr dulu kini dan selamanya. hehehe.. So dah lama x makan dalca, td mak masak dalca. Aku sempat salin resipi jer. Coz aku masih bz packing. Hehehe... Tp mak dah ajar daa.. Nanti leh la cuba bila dok sendiri nanti... :)
Here the recipe....

Bahan-bahannya ialah....
Kacang dal
Santan
Kacang panjang
Carrot
Ubi kentang
Tomato
Cabai muda
Rempah kari daging
Daging lembu
Bawang merah, bwh putih, halia - ditumbuk
Air asam jawa
Air
Garam
Daun kari
Minyak

Cara Membuatnya :-
1. Rebus dulu daging hingga lembut/empuk. Bila daging dah empuk, masukkan kacang dal, dan biarkan direbus bersama daging tadi hingga empuk jugak.
2. Bila kedua2 bahan tu dah empuk, Bancuhkan rempah kari tadi bersama bhn yg ditumbuk tu dan terus masukkan dan gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan ubi kentang dan carrot. Biarkan hingga mendidih dan ubi & carrot pun separuh empuk.
4. Jatuhkan santan, sedikit air asam jawa dan garam. Biarkan ia mendidih.
5. Lepas dan mendidih, masukkan kacang panjang dan cabai muda tadi. Kacau hingga sebati dan masak.
6. Lepas dah siap masak, jatuhkan tomato. kemudian angkat dan ketepikan periuk tu.
7. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, dan tumiskan bawang merah yh dihiris bersama daun kari hingga naik bau.
8. Kemudian tuangkan minyak tumisan tu ke dalam periuk dalca tadi.
9. Siap dimasak... dan boleh dihidang...


*Ini namanya tumis atas darat. Mak kata lagi sedap buat mcm ni sebab kita masak tu gunakan air rebusan daging n kacang dal. Rasanya akan jadi sedap. Jgn tumis dulu. Sebab nanti rasa dia lain. Dah masak semua, kemudian baru tumis... Rasa nyer mesti waalllaahh...!!!*

Selamat Mencuba... :)

February 17, 2009

Nasi Tomato

Entah kenapa hari ni teringin sgt nk makan nasi tomato. Lagipun mmg dh lama giler x makan nasi tomato nih. Jadi hari ni aku saja la try resipi mak aku nih. Tp mcm biasa, aku buat ala2 my own style jugak la. Yummy... Sedap dan lemak. Cuba la yer.... Here the recipes.....


Bahan-bahannya ialah...
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Beras
Air
Susu tepung - dibancuh
Tomato Puri
Butter/Minyak sapi
Garam

Cara-cara membuatnya:-
1. Hiris nipis bwg merah, bwg putih & halia.
2. Cairkan butter dan tumiskan hirisan itu bersama dgn kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan beras yg dah dibasuh bersih dan masukkan air mengikut sukatan beras.
4. Kacau hingga sebati, dan biarkan seketika hingga mendidh.
5. Setelah mendidih, masukkan sedikit susu, tomato puri dan garam.
6. Kacau hingga sebati.
7. Selepas itu, alihkan tumisan tadi ke dalam rice cooker dan masak mcm biasa.
8. Bila dah siap masak, taburkan sedikit daun sup untuk hiasan. Siap dihidang...

Ayam Black Pepper

Actually this recipe was from Mimi. Aku pun sesaja la try resipi ni sebab nampak menarik giler. tapi ni aku buat with my own style la. Maklum la selera lain2.. Hehehe.. Thx for sharing the recipe ni yer Mimi.... :) So here my own recipe.....


Bahan-bahannya ialah....
Ayam
Bawang putih & Merah - ditumbuk
Lada hitam (biji) - ditumbuk
Sos Tiram
Bawang besar - potong bulat
Sedikit Garam
Sedikit rempah sup

Cara-cara membuatnya :-
1. Potong ayam dgn siaz yg sederhana. Basuh bersih2 dan gaulkan bersama garam, sedikit rempah sup dan sedikit sos tiram. Perap ayam seketika, lebih kurang 15-30min.
2. Setelah diperap, goreng ayam tadi separuh masak. Ala2 sedikit garing je.
3. Tumbuk bwg putih, bwg merah bersama lada hitam tadi. Ikut la lada hitam nk byk mana. Lagi byk lagi pedas..lg sedap... :)
4. Tumis bahan2 yg ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan air.
5. Kacau hingga sebati, dan biarkan air tu mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan ayam tadi dan gaul hingga sebati.
7. Biar sehingga masak dan masukkan bawang potong. Gaul sebati.
8. Siap dihidang.....

February 13, 2009

Macaroni with Potato


Bahan-bahannya ialah...
Macaroni
Ubi kentang
Salad - dicincang
Mushroom - dicelur
Oregano
Lada Hitam
Mentega
Serbuk Cheese
Garam

Cara-cara membuatnya :-
1. Rebus macaroni bersama ubi kentang. Masukkan sedikit garam dan minyak.
2. Setelah direbus, ditoskan.
3. Potong ubi kentang dadu2 atau panjang2. (ikut suka)
4. Gaulkan bersama salad, mushroom dan juga serbuk lada hitam, oregano, mentega dan serbuk cheese. Tambahkan garam kalau kurang rasa.
5. Gaul hingga sebati dan siap dihidang.... :)

Laksa

Ni aku tulis resipi laksa aku khas buat Puan Mimi... Hehehehe.... Cuba tau..


Bahan-bahannya ialah...
(Bahan untuk kuah laksa)
Ikan kembung/ikan sadin
Cili mesin
Belacan
Bunga Kantan
Daun Kesum
Asam keping
Garam

(Bahan2 untuk makan bersama)
(Semuanya dihiris nipis)
Telur Rebus
Salad
Timun
Cili Padi
Asam Limau
Bawang
Petis - otak udang

Cara-cara Membuatnya :-

1. Rebus ikan. Bila dah siap rebus, amik isinya sahaja. Bahagian pala ikan kalau nak boleh blander sekali, kalau x, cukup laa isinya sahaja.
2. Tapis air rebusan ikan tu tadi supaya x de tulang. Gunakan air rebusan ikan tu untuk buat kuah laksanya la.
3. Rebus je semua bahan sekali. Air rebusan ikan, kalau x cukup tambah la air biasa. Pastu masukkan isi ikan yg dah diasingkan tadi dan masukkan asam keping.
4. Masukkan cili mesin, ikut la tahap kepedasan masing2.
5. Masukkan sedikit belacan dan garam secukup rasa.
6. Biar hingga mendidih, baru masukkan bunga kantan yg dihiris tadi bersama daun kesum.
7. Lepas tu celur la laksa dengan air panas.
8. Siap dihidang... boleh makan...

Selamat Mencuba yer Mimi.. Kalau jadi nanti pos kat aku semangkok... Hehehe...

Nasi Goreng Tomyam

Ni mmg resipi special yg aku dok korek rahsia resipi ni dari sorang hamba Allah yg mmg aku x kenal pun. Hehehe.. Actually hari tu aku ada pg Tesco Kampar, and makan kat foodcourt dalam tuh. Tiba2 aku terpandang satu menu nih; Nasi Goreng Tomyam. memang sedap pun... So, aku pun tanya la resipinyer. Nasib baik la 'brother' tu x la kedekut sgt. And resipi dia pun simple jer. So, aku dah try tadi..and its delicious..!!! Lets try..... :)


Bahan-bahannya ialah......
Nasi putih
Ayam - dipotong dadu
Bawang merah&putih - ditumbuk
Cili Mesin
Sedikit paste tomyam - 1 sudu besar
Daun limau purut - dihiris nipis
Kacang Panjang - dipotong kecik2
Corrot - dipotong dadu
Sedikit sos cili&tomato
Sedikit kicap
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :-
1. Tumiskan bawang merah & putih yg telah ditumbuk tadi hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin & sedikit paste tomyam dan biar hingga separa garing dan masukkan daun limau purut.
3. Masukkan ayam, kacang panjang and carrot. Biarkan hingga ayam masak dan kacang&carrot empuk. Masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap and garam secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan nasi putih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Siap dihidang...

February 11, 2009

Tom Yam



Sebelum ni aku pernah post resipi tom yam thailand dari akaq iparku... So, hari ni aku masak tom yam jugak, tapi ni resipi aku sendiri. Actually ni tomyam biasa je. Boleh dikatakan tom yam kung jugak la. Hehehe.. Tapi tomyam ni kekira 2 in 1 la. Sebab, ianya boleh dimakan dgn nasi ataupun dgn mee/bihun/kuetiaw. Sebab rasanya x heavy sgt mcm tomyam thailand tuh. Aku masak ni pun untuk aku makan dgn mee. So, kalau sesapa nak try... siler...siler... :)

Bahan-bahannya ialah....
3 batang serai - diketuk
Cili padi - diketuk
Ayam
Udang
Carrot
Bunga kobis
Putik jagung
Cendawan
Tomato
Bawang besar - potong bulat
Daun limau purut
Paste tomyam - thailand punya yg ada Halal tau..!! (botol purple)
Sedikit kiub ikan bilis
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Air

Cara-cara membuatnya :-
1. Masukkan air dan biar separa didih, kemudian masukkan ayam, udang, kiub ikan bilis, cili padi dan tomyam paste.
2. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
3. Lepas tu masukkan daun limau purut. Koyakkan sikit daun tu dulu supya naik bau.
4. Jatuhkan sayur2 tadi; carrot, bunga kobis and putik jagung. Biar hingga sayur2 tu empuk.
5. Bila dah mendidih dan sayur pun dah empuk, baru masukkan sedikit garam & sedikit sos tiram and jatuhkan pulak cendawan dan bawang potong tadi. Sos tiram tu jgn byk la, kalau masak untuk 3-4 org makan, letak dalam satu setengah sudu besar je. Ia bertujuan untuk pekat dan menambahkan rasa, instead of korang guna pak aji tu kan... :)
6. Biarkan sekejap dan lepas tu tutup api, and masukkan tomato tadi.
7. Kalau nak makan bersama mee, celur la mee, bihun ataupun kuetiaw.
8. Siap dihidang... and makan...!!!!

Have Fun on Your Cooking..!!!!!

February 10, 2009

Sambal Tumis Ikan Bilis & Gulai Lemak Putih Kacang Panjang

Hari ni aku masak menu yg simple giler.... Memandangkan otot2 ku masinh lg sakit2 akibat poco-poco..heheheh... So aku merajinkan diriku untuk masak gak hari ni walaupun badan lemah giler. So menu pada hari ni ialah.....

1. Nasi putih
2. Sambal tumis ikan bilis (Mr. Fiancee's fav)
3. Gulai lemak putih kacang panjang
4. Ikan selar goreng


Sambal tumis ikan bilis

Bahan-bahannya ialah:-
Ikan bilis
Cili mesin
Bawang putih
Bawang Merah
Air asam jawa
Serai
Garam+Gula

Cara-caranya :-
1. Tumiskan bawang putih & merah yg telah ditumbuk bersama serai yg telah diketuk.
2. Setelah naik bau, masukkan cili mesin. (Sapa yg suke pedas, ltak lebih2). Pastu masukkan garam dan gula.. kacau...
3. Biar cili tu masak hingga garing...jgn hangus plak...
4. Pastu masukkan ikan bilis tadi.
5. Bila dah agak2 garing sikit, jatuhkan air asam jawa secukup rasa.
6. Biarkan seketika hingga air asam tu dah masak dan sebati.
7. Potong bawang merah bulat2.. and masukkan selepas dah tutup api. Pastu gaul. Ia bertujuan bawang tu kekal rangup bila dimakan dgn nasi nanti.

(Setengah org suka masukkan bawang potong bulat ni awal2, by the time dh masak nanti, bawang tu dh layu n lembik. Tak syok ler.. Kalau aku suka bawang tu rangup. tapi terpulanglaa pada individu)


***************************

Gulai Lemak Putih Kacang Panjang

Bahan-bahannya ialah :-
Kelapa/santan
Kacang panjang @ buncis
Bawang merah
Sedikit ikan bilis (rencah)

Cara-cara membuatnya :-
1. Tumiskan bawang merah dan ikan bilis tadi. Tapi minyak sikit jer, jgn byk yek.
2. Bila dah naik bau, masukkan kacang panjang @ buncis tu.
3. Lepas tu jatuhkan santan. (ikut la nk buat byk mana)
4. Pastu kacau hingga mendidih dan kacang dah empuk.

Tips: Kalau masak gulai lemak, kene keep on kacau supaya santan tu x pecah minyak. Kalau pecah minyak nmpak kuahnya mcm santan berketul2. Tak cantik n kureng sikit rasanya...


** Nasi putih & ikan selar goreng tu x yah la aku bg resipi yer. Takkan masak nasi ngan goreng ikan pun x tau kot..?? Hahahahaha....!!!! **

Selamat Mencuba..!!!

January 30, 2009

Asam Pedas - Ikan Pari



Haaaa... ni salah satu resipi favorite aku jugak. Kalau aku buat asam pedas ni, laju jer aku menghirup kuahnyer mcm minum sup... Hehehe... Ni aku bagi resipi asam pedas ikan pari. Actually banyak ikan lain yg sedap buat asam pedas ni. Ikan kembung pun boleh. But yg paling lazat ikan pari la.. Here we go....

Bahan-bahannya:-
Ikan Pari
Bendi
Cili Mesin
Bawang Merah & Putih (ditumbuk)
Sedikit Belacan (tumbuk sekali ngan bawang)
Garam+Gula
Sedikit kunyit
Air Asam
Serai - diketuk
Bunga Kantan - hiris nipis

Cara-cara Membuatnya:-
1. Tumiskan bawang merah+putih yg telah ditumbuk bersama belacan tadi hingga naik bau. Masukkan jugak serai yg dah diketuk tuh.
2. Masukkan cili mesin (ikut tahap kepedasan masing2).
3. Masukkan garam+gula and sedikit kunyit. Kacau hingga sebati hinga cili tu garing.
4. Bila dah garing, baru jatuhkan air asam dan ikan pari.
5. Biar ianya masak hingga separa mendidih, pastu masukkan bendi.
6. Akhir sekali bila dah masak, tutup api and masukkan bunga kantan yg dihiris nipis. Supaya bau nyer harum.... :)

Siap...!!! And boleh makan...!!!!

January 21, 2009

Cucor & Kuah Kacang


Bahan-bahanya ialah....
Tepung gandum
Bawang merah - potong dadu
Ubi kentang - potong dadu
Kucai
Carrot - dihiris nipis/diparut
Garam
Kunyit
Air

Cara-cara membuatnya :-
1. Masukkan bawang merah, ubi kentang, kucai, carrot yg dah dipotong tu semua dalam satu bekas besar.
2. Masukkan tepung, garam dan kunyit mengikut sukatan sendiri.
3. Masukkan air sejuk(dari peti sejuk), sedikit demi sedikit. Kenapa air sejuk? supaya cucur lepas digoreng ianya rangup... :)
4. Kacau hingga sebati dan tutup. Biarkan lama sedikit. Dalam 1 jam mcm gitu. Lagi dia lama, lagi dia lembut and sedap bila digoreng nanti.
5. Lepas tu goreng la... dan boleh dimakan....

Sesetengah org suka makan cucur ni dgn cili sos jer. Tapi aku selalu buat kuah kacang sikit untuk cicah. Menambahkan selera..hehehe.. Ni resipi kuah kacang simple aku....


Bahan-bahannya ialah....
Kacang tumbuk
Cili mesin
Bawang Putih - ditumbuk
Bawang Merah - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Air asam
Gula putih&merah
Garam

Cara-cara membuatnya :-
1. Tumis (bwg merah, putih, halia) bahan2 yg ditumbuk tadi hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan biar hingga garing. Juga masukkan sedikit gula putih, ghula merah dan garam secukup rasa.
3. Masukkan air asam dan kacang tumbuk tadi.
4. Kacau hingga sebati dan sedikit pekat.
5. Siap dihidang.... :)

p/s - kalau sesapa yg ada serai kat rumah, leh ketuk je serai tu masukkan masa tumis. Bagi lagi sedap.

January 10, 2009

Sayur Paprik

Hari ni masak sayur paprik jer. Coz nak cpt n senang. Sebab ptg ni lepas Zohor ada appointment. So, bangun pagi, lps kemas2 apa yg patut, trus masok dapor. Dok menong dpn peti sejuk tuh entah brpa lama... hehehe.. sbb x tau nk masak pe. So, nengok syur ada byk lg.. so buat sayur paprik jer la... tgk bahan2 sumer ade. Tapi sorry sesangat sebab x de gambar. Coz, lupa nak amik. Dah habis makan br teringat. Hehehe.. Nxt time kalo ada masak lagi, aku post ler yer... So here the recipe... :)

Bahan-bahannya ialah.....
Carrot
Putik Jagung
Kacang panjang
Bunga kobis
Lada benggala
Ayam - potong kecik2 utk rencah
Sos Tiram
Sos Cili
Cili Mesin
Garam+Gula
Daun Limau Purut
Serai
Bawang Merah (potong bulat)
Bawang Merah+Putih (ditumbuk)

Cara-cara Membuatnya :-
1. Tumiskan bwg merah+putih yg dah ditumbuk tadi hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin. (ikut thp kepedasan masing2 la yer)
3. Bila cili dah garing2 sikit, masukkan ayam. Biarkan hingga ayam tu separa masak.
4. Masukkan garam+gula.
5. Masukkan sos tiram and sos cili sikit...
6. Basuh n koyakkan daun limau purut n masukkan. (kenapa koyak? supaya naik bau)
7. Pastu masukkan semua sayur2 tadi n masukkan air sedikit.
8. Biarkan sayur2 tu sumer masak n empuk. Lebih elok ditutup sekejap. Supaya sayur cepat masak.
9. Kalau sapa yg nk pedas lagi, masukkan cili padi yg dah diketuk dalam 3-4 biji. Ikut selera masing2 gak la yer.
10. Lepas dah agak2 air tu sedikit kering, sayur2 pun dah empuk, tutupkan api dan masukkan bawang merah yg dipotong bulat tadi and gaul2kan.
11. Siap dimasak.... dan hidangkan... :)


Kalau makan dgn tomyam campur lagi sedap..ffuuhh....!!!! Selamat Mencuba...!!!