November 22, 2010

Nasi Daging Merah

Almaklum laa baru2 lepas raya korban ni kan.. berlambak2 laa daging dalam peti sejuk tu. So, apa lagi.. mari kita mempelbagaikan resipi nya.. Hehehe... Semalam aku masak simple2 je, sebab bz. So, juz masak nasi putih mcm biasa n daging merah. Here the recipes..


Bahan-bahannya ialah...
Daging lembu
Carrot - hiris serong nipis2
Bawang putih - dicincang kasar
Bawang merah -  dihiris nipis
Cili Merah - dipotong serong
Cili Boh
Sos Cili
Sos Tomato
Serai - diketuk

Cara-cara Menyediakannya...
1. Rebus daging hingga empuk. (Petua:masa rebus daging, letak sudu dlm tu sekali supaya daging cpt empuk).
2. Setelah daging direbus, amik daging tadi, toskan. Simpan dulu air rebusan daging tu.
3. Panaskan minyak, tumis bawang merah n putih tadi hingga naik bau,
4. Selepas itu masukkan cili mesin, sos cili n tomato. Gaul hingga sebati, masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan terus carrot tadi, bersama sedikit air rebusan daging tadi. Biarkan seketika hingga carrot empuk.
6. Kemudian masukkan daging tadi.
7. Untuk hiasan, taburkan bawang goreng dan daun sup.
8. Siap dihidang. Lebih syok kalau buat telur mata dan nasi putih panas2.


Selamat Mencuba...!!!!

November 12, 2010

Sayur Paprik Ayam

Paprik ni antara favorite my husband and me as well. Aku belaja buat paprik ni ntah dari mana pun aku x ingat. Rasa2 sendiri n teka2 sendiri je bahannya. Bila try.. menjadi plak.. Sedaappp hehehe.. meh le cuba...




Bahan-bahannya ialah....
Ayam - dipotong dadu
Carrot
Kacang Panjang/buncis
Bunga kobis
Putik Jagung
Kobis
Bawang Merah - dihiris
Bawang Putih - dihiris
Cili Api - diketuk
Serai - diketuk
Daun Limau Purut
Cili Boh
Sos Tiram


Cara Membuatnya...
1. Tumiskan bawang merah dan putih yg telah dihiris beserta serai.
2. Setelah naik bau, masukkan cili mesin beserta ayam, cili api dan sos tiram. Biarkan hingga cili garing dan ayam separa masak. Garam secukup rasa.
3. Kemudian masukkan carrot, kacang panjang, bunga kobis dan putik jagung. Masukkan sedikit air dan biarkan bahan empuk.
4. Setelah empuk, masukkan kobis dan daun limau purut. Untuk bau yg sedap, koyakkan daun limau purut tu dedikit.
5. Gaulkan hingga sebati dan masak.
6. Siap untuk dihidang...

Ketam Masak Kunyit

Ni resipi yg paling simple sekali nk disediakan. Kalau rasa2 dah x tau nk masak pe, sesekali masak campak2 ni mmg sedaaapppp... Have a try kay... Here's the recipe....


Bahan-bahannya ialah....
Ketam
Garam
Kunyit
Bawang Merah - potong bulat
Cili Merah - hiris serong
Daun Kari

Cara Membuatnya...
1. Panaskan minyak.
2. Gaul ketam dengan garam, kunyit dan daun kari.
3. Masukkan ketam tadi dan goreng hingga garing.
4. Bila ketam dah garing, cedok sedikit minyak keluar, supaya tidak terlampau berminyak semasa berhidang.
5. Kemudian masukkan bawang dan cili merah tadi.
6. Gaul hingga sebati dan naik bau.
7. Siap untuk dihidang.
8. Untuk hiasan, boleh taburkan hirisan daun sup dan juga tomato yg dipotong dadu.

SELAMAT MENCUBA....!!!!

November 8, 2010

Ayam Masak Merah

Hari ni terasa nk makan ayam masak merah. Ni resipi dari mak nih. Sedaaappp.. hehe.. Cuba laa yer...
Here the recipes...


Bahan-bahannya ialah...
Ayam
Bawang Putih - ditumbuk
Bawang Merah - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Cili boh/mesin
Cili Sos
Kulit kayu manis
Bunga Lawang
Garam kunyit

Cara-caranya...
1. Basuh ayam bersih2, taburkan garam kunyit dan goreng seperti biasa. Jangan terlampau garing yer.
2. Setelah ayam digoreng ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Setelah  naik bau, masukkan cili mesin/boh. Biarkan seketika hingga cili garing.
5. Kemudian masukkam cili sos secukup rasa.
6. Gaul dan masukkan air mengikut banyak mana ayam yg digoreng. Jangan terlampau berair. Lagi sedap kalau basah2 jer..
7. Bila dah mendidih, masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
8. Gaul hingga sebati.
9. Sebagai hiasan, boleh taburkan daun sup.
10. Siap dihidang...

SELAMAT MENCUBA..