August 25, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa

Hari ni berjalan2 di pasar Batu Lancang dgn ibu mertuaku.. Hehe.. Jalan punya jalan, jumpa siakap yg diorang jual pakai ekor plak. x pakai timbang.. murah lak tu.. Besar ni punya siakap sekor RM12 jer.. mcm x caya.. Aku tgk mmg fresh.. so, kitorang pun beli laa.. Terus terpikir nk buat siakap 3rasa. So here the recipes...


Bahan-bahannya ialah...
Ikan siakap
Garam
Kunyit

(Kuah)
Carrot - potong dadu
Putik Jagung
Bunga kobis
Nenas
Timun
Cili mesin/boh
Sos Tiram
Sos Tomato/tomato puri
Sedikit garam

(Untuk hiasan)
Salad
Tomato
Daun Sup

Cara-caranya...
1. Lumur ikan siakap dgn garam kunyit dan goreng (deep fry). Sedikit petua, bila goreng ikan yg besar2, letak la sedikit asam keping, supaya ikan x melekat di kuali.
2. Untuk kuah pulak.... Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin/boh tadi hingga sedikit garing.
3. Masukkan sos tomato/tomato puri, sos tiram dan masukkan kesemua sayur tadi.
4. Masukkan sedikit air dan garam dan kacau. Biarkan seketika hingga carrot empuk.
5. Tutup api, dan taburkan timun... Siap..

Untuk hidangan...
Letakkan salad, kemudian ikan siakap yg digoreng tadi.. dan taburkan kuah diatas.
Taburkan tomato yg dipotong dadu dan daun sup.

Siap untuk dihidang... Nyum..Nyum...!!!!

August 24, 2010

Butter Prawn ala Zai

Hari ni MEM Besar nak makan butter prawn. Hehe.. Mama x pernah rasa lg butter prawn. Asyik dgr org ceriter jer. So, hari ni mama request butter prawn... Aku pun buat la butter prawn ala2 resipi sendiri gitu... Hehe...
Here the recipes...



Bahan-bahannya ialah....
Udang
Butter/Planta
Telur
Susu Pekat
Garam
Kunyit

Cara-cara Membuatnya...
1. Basuh udang bersih dan toskan.
2. Masukkan butter, telur dan sedikit susu pekat, garam dan kunyit dan gaul hingga sebati.
3. Biarkan seketika(perap) dalam 1jam.
4. Goreng dengan butter atau planta.
5. Siap untuk dihidang...

August 21, 2010

Kuih Badak Berendam

Ha.. ni resipi mak metua aku  nih... Actually dia buat 2-3 hari lepas, x sempat  nk update.. Hehehe.. Btw, mmg sedap badak berendam dia.. Nyum nyum... ;)
Here the recipes...


Bahan-bahannya ialah :-
(Inti)
Kelapa
Gula Merah
Daun Pandan
Gula Putih
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara-cara membuatnya :-
1. Masukkan kesemua bahan, masak atas api.
2. Kacau hingga kering.

(Badan/Kuih)
Tepung pulut
Air daun pandan
Secubit garam
Cara-cara Membuatnya :-
1. Uli2 jadikan satu doh.
2. Bentukakkan ikut citarasa dan masukkan inti didalam.
3. Masukkan dalam loyang.

(Kuah)
Parti santan
Sedikit tepung gandum/beras
Garam secukup rasa
Cara-cara Membuatnya :-
1. Kacau kesemua bahan dan tuangkan di dalam bekas kuih yg telah dibentuk tadi.
2. Kukus selama 15min.

Siap untuk dihidang.

August 19, 2010

Kuetiaw/Mee Kicap Ipoh

Ha.. semalam berbuka menu mee/kuetiaw kari. Hari ni buat kuetiaw/mee kicap pulak. Teringin la plak.. Hehehe.. Almaklum laa.. berpuasa di Penang, juadah nyer x sama mcm di Ipoh.Here the recipes...





Bahan-bahannya ialah...
Ikan bilis - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Kicap manis
Kicap pekat
Sos Tiram
Lada sulah
Sedikit garam
Fish Ball / Fish Cakes
Sedikit rempah sup
Taugeh
Daun Sup/Bawang
Sedikit Minyak
Sedikit Garam
Cili Mesin/Boh
Air asam

Cara-cara Membuatnya....
(Untuk Kuah Kicap)
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bawang putih dan sedikit ikan bilis yg telah ditumbuk tadi.
2. Selepas naik bau, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sedikit lada sulah.
3. Masukkan sedikit air.
4. Kacau non-stop hingga kuah kelihatan pekat. Kalau nk extra pekat, boleh bancuh sedikit tepung dan masukkan.
5. Bila kuah seudah pekat, tutup api dan siap.

(Untuk Sup)
1. Rebuskan air hingga separa mendidih.
2. Masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk tadi dan sedikit rempah sup.
3. Masukkan juga sedikit garam.
4. Kacau  dan biarkan hingga mendidih.
5. (Optional) : Untuk Fishball/Fishcakes ikut selera masing2. Kalau nk rebus asing pun boleh. Atau masukkan sekali dalam sup. Kalau masukkan dalam sup, basuh bersih2, dan masukkan ketika sup sedang mendidih.

(Untuk Sambal)
1. Panaskan minyak, tumiskan cili mesin/boh hingga garing.
2. Setelah cili betul2 garing, masukkan garam dan gula.
3. Tuangkan sedikit air asam jawa.
4. Kacau hingga sebati, siap.

Hidangan...
Semasa hidangan, letakkan kuetiaw/mee yg telah dicelur tadi didalam pinggan, taburkan taugeh dan daun sup. Kalau ada sedikit kuah kari(mee kari) boleh tuangkan sekali sebagai penambah kesedapan.. hehe)
Makan bersama sup dan sambal tadi.
Siap untuk dimakan...!!!

SELAMAT MENCUBA....!!!!

August 18, 2010

Mee/Kuetiaw Kari Ipoh

Menu berbuka hari ni ialah Mee/Kuetiaw Kari Ipoh mari... Hehehe.. Lama x buat Mee Kari sendiri. Lagipun x de masa nak buat, n x de sapa nk makan. Kalau setakat makan sengsorang mmg mls nk masak. beli jer.. heheh.. Tapi kali ni berbuka ramai2 sekali ngan husband n in laws.. so ada laa mood nk masak... ceewaaah...
Here the recipes....


Bahan-bahannya ialah....
Mee / Kuetiaw
Bawang Merah+Putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Cili Mesin/Boh
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih
Daun kari
Rempah Kari Ayam+Ikan
Santan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Sawi
Taugeh
Daun Sup
Bawang Goreng
Fish cake
Fish ball

Cara-cara membuatnya...
1.Panaskan minyak, dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi bersama daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Setelah itu, masukkan rempah kedua2 rempah kari yg dah dibancuh tadi. Masukkan sedikit air, dan biarkan seketika hingga rempah garing.
3. Kemudian masukkan sedikit cili mesin/boh mengikut tahap kepedasan masing2. Gaul hingga sebati dan naik bau.
4. Masukkan ayam, gaul seketika dan kemudian masukkan pati santan dan sedikit air.
5 Biarkan hingga mendidih, kemudian masukkan fish cake dan fishball yg telah dibasuh bersih. (Optional - kalau x nak masuk sekali, boleh celur/goreng dan taburkan semasa nk makan.)
6. Biar seketika, kacau hingga sebati dan mendidih.
7. Celur sedikit sawi dan taugeh yg dah dipotong untuk ditaburkan semasa makan.
8. Hidang Mee/Kuetiaw bersama sawi, taugeh, taburan daun sup dan bawang goreng dan tuangkan kuah kari yg dah dimasak tadi.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan...

SELAMAT MENCUBA...!!!!!!

Kurma Ayam



Bahan-bahannya ialah...
Ayam
Ubi kentang
Bawang putih/merah - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Bawang Merah - potong 4
Cili muda/hijau - 2biji (belah tgh jgn putus)
Santan
Rempah kurma - dibancuh dgn air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Sedikit air


Cara-cara membuatnya...
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi hingga naik bau.
2. Masukkan ubi kentang bersama rempah yg dibancuh tadi dan masukkan sedikit air.
3. Tutup periuk dan biarkan seketika hingga ubi empuk.
4. Setelah ubi empuk, masukkan ayam dan santan.
5. Biar hingga mendidih, masukkan garam secukup rasa.
6. Bila ayam dah lembut, masukkan cili muda/hijau tadi dan bawang merah yg dipotong 4 tadi.
7. Biarkan seketika hingga menidih dan ayam betul2 masak.
8. Siap dihidang.

August 17, 2010

Gulai Lemak Ketam

Gulai Lemak Ketam ni special request from my mother in law. Actually my MIL ni org Penang, so kurang sikit laa masak gulai lemak. Selalunya kari jer la kan.. heheh... So here the recipes... Try ler... :)



Bahan-bahannya ialah...
Ketam
Bawang putih - ditumbuk
Cili padi - ditumbuk
Cili Mesin/boh
Kunyit
Santan
Secubit garam

Cara-cara membuatnya....
1. Masukkan bawang putih dan cili padi yg dah ditumbuk tadi ke dalam periuk.
2. Masukkan ketam dan santan, dan terus letakkan ke atas dapur dengan api yg sederhana.
3. Masukkan sedikit kunyit dan garam.
4. Bila gulai dah sedikit mendidih, masukkan sedikit saja cili mesin untuk bagi wrna gulai tu cantik.
5. Kacau gulai non-stop supaya x naik taik minyak hingga masak.
6. Siap dihidang.... :)

August 12, 2010

Kuetiaw KungFu TomYam

Ha ni resipi aku sendiri2 reka. Tak sangka menjadi dan sedaaapppp.. hehehe.. puji diri sendiri plak... :)
Actually sy ni minat makan kuetiaw kungfu. Tp kuetiaw kungfu yg biasa tu kuahnya putih, mcm ala2 sup sayur pekat tu kan.. So, sy nk saja la nk buat kelainan sikit. Plus, saya plak suka makan pedas.. So, saya olah sikit resipi ni jadi Kuetiaw KungFu berkuahkan tomyam.. Cuba la yer... :)



Bahan-bahannya ialah....
Kuetiaw
Isi ayam dipotong dadu
Udang - kupas kulit
Bawang putih - ditumbuk
Bawang merah - potong bulat
Carot
Sosage (optional)
Telur - dipukul
Sos Tiram
Kicap
Daun Sup
Tomato
Bawang Goreng

Cara-cara membuatnya...
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan kuetiaw yg telah dicuci bersih, dan tuangkan kicap dan sedikit sos tiram.
3. Gaul hingga sebati hingga masak.
4. Bila kuetiaw dah agak masak, rapatkan, dan masukkan separuh telur yg telah dipukul tadi. Lebih telur lagi sedap.
5. Biarkan seketika hingga telur nmpk separa garing, dan alihkan kuetiaw ke sebelah lagi satu. Masukkan separuh lagi telur tadi dan biarkan hingga ia garing.
6. Siap.

Untuk supnya pulak..
1. Rebus air hingga separuh mendidih, masukkan tomyam paste.
2. Masukkan ayam, udang, sosage dan carot tadi.
3. Biarkan hingga mendidih dan bahan betul2 masak.
4. Akhir sekali, jatuhkan bawang yg dipotong bulat tadi.
5. Siapa yg suka pedas, ketuk la cili api dan masukkan sekali..

Tuangkan kuah tomyam tadi keatas kuetiaw yg disakut telur tadi... Taburkan tomato yg dihiris nipis, bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan.
Siap dihidang untuk dimakan...

SELAMAT MENCUBA..!!!