August 20, 2011

Tiki Mushroom

Resipi dari my auntie.. Nyum Nyum...!! Tapi saya olah2 la sikit ikut selera sediri. Hehe.. Sila laa cuba.. mmg sedap..


Bahannya...
3-4 biji ubi kentang - direbus hingga lembut
1 tin Button mushroom - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Daun sup & daun bawang - dipotong nipis
1 biji carrot - di sagat halus
Sedikit serbuka lada hitam/lada sulah
Sedikit garam
Sedikit kunyit
1 biji telur

Cara membuatnya..
1. Lenyek atau tumbuk ubi kentang yg telah direbus lembut tadi.
2. Masukkan mushroom, bawang besar, daun sup&bawang, carrot, garam dan kunyit tadi. Gaul hingga sebati.
3. Biarkan seketika... lebih kurang setengah jam.
4. Kemudian bentukkan bulat2 kecik.
5. Pukul telur hingga kembang.
6. Celupkan adunan yg dah dibentuk bulat2 tadi dalam telur, dan gorengkan dengan api yg sederhana.
7. Siap dihidang.


Macaroni Goreng

Simple resipi untuk berbuka hari ni. Dah x de idea nk masak apa dah.. So, tgk stock macaroni aku ada sikit lagi.. so, kasi satel laa.. buat goreng2 jer..



Bahan-bahannya ialah...
Macaroni
Isi Ayam
Button Mushroom - dihiris
Cili boh
Bawang merah - dipotong dadu
Sos Tomato
Sos tiram
Garam secukup rasa
Oregano
Italian herbs

Cara-cara membuatnya..
1. Rebus macaroni bersama sedikit minyak supaya x melekat. Tp jgn rebus terlampau lembut hingga lembut. Separa lembut saja dah cukup..
2. Kemudian, tumis bawang besar yg dipotong dadu tadi hingga naik bau, kemudian masukkan cili boh bersama ayam. Biarkan seketika hingga cili garing dan ayam masak.
3. Masukkan button mushroom, sos tomato, sedikit sos tiram dan sedikit garam secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan Macaroni dan gaul rata. Taburkan oregano dan italian herbs tadi dan gaul rata.
6. Untuk hiasan.. taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Siap dihidang!

SELAMAT MENCUBA.. ;)

August 19, 2011

Kuetiaw KungFu

Wacchhaa..!! Ni dia.. kuetiaw kungfu. Minat gak makan ni.. Sedaaapp...hehe.. Marilah kita sama2 mencuba ini resipi yg lazat yer.. hehehe..



Bahan-bahanya ialah... (untuk 4org makan)
Kuetiaw - sebungkus
Telur
Putih telur
Carrot - sebatang
Bunga kobis
Putik Jagung
Ayam - isi sahaja potong dadu
Udang
Tepung Jagung
Bawang putih - 5 ulas ditumbuk
Bawang merah - sebelah dihiris bulat2 nipis.
Air
Cili merah - dihiris serong
Cili api - dalam 5-6biji ditumbuk
Serai - sebatang dititik

Cara-cara membuatnya..
(Untuk Gravy)
1. Tumis bawang putih hingga naik bau bersama serai dan cili api.
2. Masukkan ayam dan udang serta air mengikut sukatan yg dikehendaki.
3. Masukkan semua sayur2 tadi, carrot, bunga kobis dan putik jagung.
4. Biarkan hingga mendidih
5. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk bagi kuahnya pekat. serta masukkan putih telur tadi.
6. Gaul hingga sebati dan siap.

Untuk kuetiaw
1. Gaul kuetiaw dengan telur yg dah dipukul. Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
2. Panaskan minyak, kemudian masukkan kuetiaw yg dah digaul dengan telur tadi.
3. Goreng hingga garing.

Hidang kuetiaw yg disalut telur tadi bersama kuah yg dimasak tadi.
Untuk hiasan, taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang.
Siap dihidang...

SELAMAT MENCUBA...!!!!!


Dry Pan Mee/Speghetti


Actually Dry Pan Mee is one of my fav food jugak la. So, cari punya cari resipi di internet. akhirnya berjumpa jugak. Hehe.. So, aku pun cuba la resipi tapi dengan olahan aku sendiri la. Tak la ikut sebijik2. Cuma, masa aku nk try masak semalam, x jumpa Pan Mee yg halal. So, aku replace dgn spaghetti. Actually lagi bagus replace dgn Fettuccine, cox Fettuccine ni bentuk dia sebijik mcm Pan mee tu.. heheh.. Ok.. here is the recipe.. Cuba laa... ;) 

Gambar ni x de beberapa bahan, sebab dah selamat di-NGAP olehku, terlupa nk amik gambar dulu the whole ingredient. Hehehe...

Bahan-bahannya ialah...

Bawang putih & merah - ditumbuk
Kicap Pekat
Sos tiram
Sos Cili
Cuka
Cili Mesin
Garam 
Ayam
Fish ball
Fish cake
Bawang goreng
Daun Sup
Ikan bilis - digoreng garing2
Sawi

Cara-cara membuatnya..

1. Rebuskan ayam. Setelah ayam siap direbus, sejukkan dan carik2 kan ayam tadi. (Simpan sedikit air rebusan ayam)
2. Rebus juga fishball and fish cake, sebelahkan.
3. Ikan bilis digoreng hingga garing dan rangup.
4. Celur sedikit sawi - bagi sesiapa yg suka sayur. Kemudian ketepikan.
5. Rebus spaghetti / fettuccine / pan mee. Ketepikan.

(Untuk gravy)
1. Tumiskan bawang putih & bwg merah yg tlh ditumbuk bersama sedikit cili mesin. *Ikutlaa kalau nk pedas, letak lbh sikit.
2. Setelah cili garing, masukkan garam secukup rasa bersama sedikit sos tiram dan sos cili dan juga kicap pekat. 
3. Juga masukkan sedikit cuka.
4. Kemudian tuangkan sedikit air rebusan ayam, mengikut sukatan sendiri nak banyak mana. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung, untuk bagi kuah pekat, kacau hingga kuah telah pekat. Taburkan sedikit serbuk lada hitam.

Hidanglah mee tadi bersama kuah gravy dan taburkan ayam yg dicarik tadi, fishball, ikan bilis goreng, bawang goreng dan daun sup. 

Siap Dihidang & Makan...!!
SELAMAT MENCUBA..

August 15, 2011

Puding Roti

Saya mmg suka makan puding roti. Dulu pernah dpt sekali resipi.. tapi x berapa nk menjadi.. So yang ni... Lagi satu resipi dari internet.. Tapi mcm biasa.. saya mesti olahkan ia mengikut tokak dan selera saya laa... hehehe... marilah cuba.. sedaaappp... ;) hehe..




Bahan-bahannya ialah..
Roti gardenia - 6 keping
500ml Susu segar - Sy pakai brand HL original flavor.
Butter - 2sudu besar
satu sudu teh Esen Vanila
4biji telur
Kismis
1 cawan gula

Cara-cara membuatnya..
1. Carik-carikkan roti dan susun di dalam loyang.
2. Cairkan butter, kemudian tuangkan diatas roti tadi.
3. Taburkan kismis dan kemudian, sebelahkan.
4. Di dalam bekas lain, pukul telur, gula, susu dan esen vanila hingga kembang.
5. Kemudian taburkan di dalam loyang yg berisi roti dan butter tadi.
6. Bakar pada suhu 175C, selama 45minit.
7. Setelah siap dibakar, sejukkan.. dan masukkan ke dalam peti sejuk.
8. Siap untuk dihidang ketika sejuk... Lagi sedap kalau makan dgn ice cream.

SELAMAT MENCUBA...!!!!

August 13, 2011

Cucor Roti

Ni resipi dari internet jugak laa. Tapi saya olah laa sikit mengikut citarasa sendiri. Silalah cuba.. ;)



Bahan-bahannya :-
Roti gardenia 1 buku kecil
Bawang merah - potong dadu
Daging cincang
Ubi kentang - potong dadu
Daun sup+daun bawang
Cili api/cili merah - hiris nipis
Sedikit garam
Oregano

Cara-cara membuatnya...
1) Rendam roti hingga kembang dengan air yg sedikit.
2) Setelah roti kembang, masukkan kesemua bahan2 yg lain, daging cincang, bawang, daun sup dan daun bawang, cili2, garam n oregano - gaul hingga sebati.
3) Sedikit tips - daging cincang tu basuh bersih2 and toskan hingga air kering. Kalau x, air daging akan keluar lg, n akan terpercik2 bila  menggoreng.
4) Setelah digaul, bentukkan kecik2 n bulat2 dan boleh digoreng.
5) Siap dihidang.

SELAMAT MENCUBA..!!!!