July 25, 2012

Kuih Buah Melaka



Bahan-bahannya ialah...

Tepung pulut
Air pandan
Garam
Gula Kabung - potong dadu2 kecil.
Kelapa parut - amik bahagian putih (seeloknya kelapa ni dikukus dulu untuk tahan lama)

Cara-cara membuatnya..

1. Gaul tepung pulut bersama air pandan dan sedikit garam. Cara dapatkan air pandan nih. kalau ada byk daun pandan, ambik daun ni, potong kecik2 blender dgn air, then tapiskan. Kalau x ada, amik pencelup.pewarna hijau pun boleh.
2. Gaul semua hingga tepung menjadi doh.
3. Buat bulat, dan letakkan gula kabung yg dah dipotong dadu2 kecil didalam.
4. Dah siap buat bulat2, panaskan air untuk merebus.
5. Bila air dah mendidih, boleh masukkan buah melaka yg dah diuli bulat2 tadi. Tunggu hinnga ia timbul, baru diangkat dan toskan sekejap.
6. Kemudian golek2 kan dia atas kelapa yg dah dikukus tadi.
7. Siap dihidang..!!

SELAMAT MENCUBA..!!

Mini Murtabak

Salam Ramadhan semua.. Lama gak x meng-Update Blog masakan ni yer.. Bukan pe. Bz keje, so dok ngulang resipi sama jer la kat rumah.. Kdg2 x sempat pun nk masak. Tapi sempena bulan puasa nih, kembali active lagi dgn resipi2 baru.. yeehaaaa.. Semalam, resipinya ialah murtabak mini.. So here the recipes..


Bahan-bahannya ialah...

Kulit popiah
Ubi kentang - potong dadu2 kecik
Ayam/daging cincang
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang2 halus
Rempah kari ayam
Rempah kurma/sup
Garam secukup rasa
Telur

Cara-cara membuatnyer.. (Inti murtabak)

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih tadi hingga naik bau.
2. Sambil tu, bancuh rempah kari dan rempah sup tadi dgn air sekali. Agak2 la sukatannya, ikut byk mana nak buat.
3. Bila bawang dah naik bau, masukkan rempah yg dah dibancuh tadi. Kacau dan biarkan sebentar hingga rempah sedikit garing.
4. Kemudian masukkan daging/ayam cincang tadi beserta ubi kentang.
5. Gaul hingga sebati. Jika kering, masukkan air sedikit. Jgn terlampau byk air ye, nanti lambat nk kering. Sebab buat inti murtabak ni x leh lembab2.
6. Biarkan seketika hingga ubi empuk dan ayam/daging dah masak.
7. Pastikan juga inti dah kering sedikit, kemudia boleh tutup api.

Sejukkan inti dulu. Kemudian boleh la mula membungkus. Masa nk membungkus, ambil satu bekas yg lain, masukan inti sedikit demi sedikit, dan pecah kan telur sebijik ke dalam bekas itu. Gaul inti tadi dgn telur hingga sebati. Tp still kene pastikan jgn terlampau lembab. Make sure sama padan la inti dgn sebiji telur tu. Ulang hingga inti habis. Penggunaan telur tu leh agak2 la, sebijik telur untuk berapa byk inti.. :)

Kemudian bubuh inti dalam kulit popiah dan bungkus la mengikut kesukaan masing2. Tp saya buat bungkus 4segi jer. Mudah dan senang.

Kemudia boleh la panas kan kuali leper yg x melekat tu, letak minyak/butter, then boleh la start menggoreng murtabak tadi.

Siap dihidang... Senang je kan?? Sila laa cuba..