June 26, 2013

Black Pepper Meat Ball with Mashed Potato

Haa.. tudiaa.. lama sungguh I olls x update blog resipi yg dah berkurun nih.. Almaklum laa, byk sgt benda jadi.. So ada try resipi pun x sempat nk share.. So kali ni mood sudah sampai.. Mari kita cuba resipi simple nih untuk org yg tingin nk makan and buat sendiri meat ball kat rumah..



Bahan-bahannya :-

Meatball - saya pakai brand Ramlee
Butter
Fries / Sosej
Ubi kentang putih
Fresh milk
Serbuk lada hitam (kasar dan halus)
Bawang putih & merah - dicincang halus
Sos Tiram
Kicap pekat
Kiub ayam
Tepung jagung - bancuh dgn air panas
Olive oil
Garam
Gula


Cara-cara :-
1. Kukus dulu meat ball. Bole sapu sedikit butter pada meat ball ketika kukus.
2. Kupas ubi kentang, basuh bersih dan rebuskan. (Untuk jimatkan masa, masa rebus ubi, letak la meatball tu kat atas mcm kukus tu. 2 in 1 punya kerja)
3. Sambil nk menunggu ubi empuk, boleh la buat kuah black pepper.

Kuah black pepper..
1. Panaskan sedikit olive oil, kemudian tumiskan bawang yg telah dicincang tadi.
2. Setelah naik bau, masukkan lada hitam yg telah ditumbuk kasar hingga bau lada hitam tadi dah naik.
3. Selepas itu, masukkan air biasa sebanyak 2-3 cawan bersama dgn sos tiram dan kicap pekat.
4. Masukkan juga kiub ayam. Bergantung byk mana kuah yg korang nk buat. Selalunya guna dalm 2-3 kiub kecik tu. Kalau nk buat banyak, boleh lebihkan.
5. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih sedikit dan kemudian boleh masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk pekatkan kuah.
6. Boleh masukkan juga serbuk lada sulah/lada hitam yg halus untuk menambah perisa dan garam & gula secukup rasa.
7. Kacau hingga kuah pekat. Bagi sesiapa yg nak extra pedas lada hitam tu, boleh masukkan lagi serbuk lada hitam yg kasar tadi untuk menambah rasa lada hitam tu.

Mash Potato..
1. Setelah ubi kentang yg direbus tadi empuk, toskan dan terus lenyekkan ubi tadi sewaktu tengah panas sebab masa tu ubi tu lembut. Lenyek ubi gunakan hand mixer. Kalau x de boleh blend atau tumbuk jer untuk bagi ubi kentang tu betol2 halus dan tak berketul.
2. Setelah ubi dah hancur gaulkan bersama fresh milk sedikit demi sedikit. Jangan curah banyak2 plak. Ikutlah banyak mana ubi yg korang buat yer.
3. Masukkan juga sedikit garam dan serbuk lada sulah.
4. Gaul hingga sebati dan siap...

Akhir sekali.. 
1. Goreng fries macam biasa.
2. Goreng meat ball yg telah dikukus tadi dengan butter. Tak perlu goreng deep fried. Just buat ala2 grill style hingga meat ball garing.
3. Kalau anda guna sosej, boleh goreng dgn butter sama dengan meat ball.

Telah selesai semuam hidanglah meat ball tadi bersama mash potato dan fries/sosej. Taburkan kuah black pepper tadi di atas. Siap untuk dihidang dan dimakan..!!!


SELAMAT MENCUBA..!!!!


No comments: