July 17, 2013

Kebab Daging Black Pepper

Untuk menu berbuka hari  ni aku dok teringin kebab yg sedap.. Dok menggali gak la resipi from website and ask around from kengkawan mana yg penah buat kebab. Macam2 gak infos dapat dari diorang. End up aku buat sendiri cara aku. Just take the ideas here and there jer la..

So, here the recipes. Cepat senang and mudah untuk disediakan. Cubalaa... :)

Kebab Daging : Pita Style


(Sukatan dibawah untuk 4-6 org makan)
Bahan-bahanya ialah..

Sebungkus Daging cincang (sy pakai jenama Ramlee)
2 biji Bawang besar - potong dadu
5 ulas Bawang putih - Cincang lumat
3 sb Serbuk lada hitam - ikut tahap kepedasan masing2
1/2 biji lada benggali hijau & merah - potong dadu
3 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
Garam secukup rasa
2 sb rempah sup
Sedikit olive oil
Sedikit butter - untuk grill

Daun salad
Cili Sos
Mayonis
Roti Pita / Paratha

Cara-cara menyediakannya..
1. Basuh daging cincang dan toskan hingga kering.
2. Gaulkan kesemua bahan diatas bersama daging hingga sebati dan perap kan untuk beberapa jam.

Ini bahan2 setelah digaul rata dan sedia untuk diperap.

3. Setelah diperap, panaskan pan/kuali leper dengan sapukan sedikit butter dan grill adunan tadi sedikit demi sedikit. Biarkan ia dibakar hingga daging garing.
4. Selepas bahan telah di masak ala grill, boleh sediakan dengan apa2 jenis roti/wrapper ikut kesukaan masing2.
5. Saya memilih menghidangkan menggunakan roti pita, roti wholemeal dan roti paratha. (Bakar sedikit roti tersebut dengan butter supaya dia lembut).
6. Untuk roti pita, kerat kepada 2 bahagian, dan masukkan salad dan daging kebab tadi di celah poketnya dan lerakkan cili sos dan mayonis diatas. Boleh tambahkan hirisan tomato, kobis atau sayuran lain jika anda suka.
7. Untuk roti paratha - saya sediakan secara wrap. Bakar dulu paratha bersama sedikit butter, kemudian boleh letakkan bahan tadi dan balut.

Kebab Daging : Wrap Style

Siap untuk dihidang dan dimakan..!!!!

SELAMAT MENCUBA...!!!!



No comments: