July 18, 2013

Soto

Ini kali aku buat sup soto bersama nasi impit. Tapi sesapa yg suka nk makan bersama bihun, boleh jugak celurkan bihun dan makan dengan sup soto ni.
Lets try my recipes below...



Bahan-bahannya ialah...

Nasi Impit - direbus seperti biasa
Ayam - rebus bahagian isi dan carikkan
Sebatang carrot -  potong panjang2
Rempah sup soto - Saya guna jenama Mak Siti
Daun sup & Daun Bawang - hiris nipis
Garam secukup rasa
3-4 ulas Bawang putih - dikisar
1 biji Bawang Merah - dikisar
1/2 inci Halia - dikisar
Bunga Lawang
Kulit kayu manis
1 ketul kiub parti ayam
Sohoon - digoreng

Cara-cara menyediakannya..

1. Rebuskan air didalam periuk, masukkan bahan yg telah dikisar tadi bersama bunga lawang dan kulit kayu manis, dan masukkan juga carrot sekali.
2. Masukkan rempah sup soto mengikut sukatan air masing2. Kalau buat banyak, lebihkan sedikit rempah tu.
3. Masukkan juga kiub ayam, dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga mendidihh
4. Setelah mendidih dan carrot juga telah empuk, boleh tutupkan api dan taburkan daun sup tadi.

Untuk Cili/Sambal Kicap..

Cili Mesin
Cili Api
Perahan limau kasturi/lemon
Garam
Gula merah
Kicap Pekat
*Kisar kesemua bahan diatas*


Untuk menghidang..
Nasi impit dipotong dadu seperti biasa. Taburkan ayam yg dicarikkan tadi.
Taburkan juga sohon goreng dan Hidanglah bersama sup soto tadi panas2.
Jika anda nak pedas, boleh bubuh cili kicap mengikut tahap kepedasan masing2.
Sedap juga dimakan bersama Pegedel Daging. Untuk resipi pegedel, sila click link ini --> Pegedel Daging


Siaplah untuk dihidang dan dimakan...
Selamat Mencuba...


No comments: