October 19, 2016

Ayam Percik




Bahan-bahan..

Ayam
Serai
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili kering
Santan
Garam
Gula
Kunyit
Serbuk Lada Sulah

Cara Memasak..

1. Lumur ayam tu dgn garam, kunyit dan serbuk lada sulah.. ketepikan..
2. Blend segala bawang merah, bwh putih, halia, lengkuas, cili kering. CIli kering tu ikut suka selera masing2 la.. kalau nk pedas.. boh la lebih yer.
3. So nk masak ni kene ada 2 stove.. untuk senang la.. kalau ada 1 je pun x pe.. hehe..
4. Stove yg pertama, panaskan pan yg x melekat tu.. boh minyak sikit.. n bakar2 kan ayam tu hingga masak dalam n sedikit garing.
5. Stove kedua.. sambil ayam tu nk masak, panaskan periuk dgn sedikit minyak..
6. Tumis bahan2 yg dh dikisar td.. dan masukkan serai yg dh diketuk. BIar hingga naik bau dan sambal garing.
7. Dah nmpk sedikit garing.. masukkan garam, gula and santan. Kacau hingga sebati dan siap.
8. Balik semua ke ayam bakar td tu.. bila aya dh btol2 masak.. di pan yg sama.. tuangkan kuah tadi di atas ayam.. Balik2 kan ayam tu sehingga smua kuah tu melaputi ayam tersebut. kalau nk kering.. bakar lama sikit.

SIAP..!!!

Ayam Hitam Special ala Zyz

Baiklah.. awal2 nk sorry dulu sebab x sempat nk amik gambar. Serious terlupa.. hehe..
Insyallah next time kalau hakaq masak lagi resipi ni akak update kan gambar nyer yer..

Amik resipi dulu lah yer... hehe.. :)

Bahan-bahannya..

*Perap dulu ayam sekejap dalam 30min - sejam. 
Bahan perapan bersama ayam :
Ayam
Jintan Manis
Rempah Sup
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Kicap Pekat

Bahan2 untuk dikisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia

Bahan2 lain
Serai - diketuk
Bawang besar - potong bulat
Kicap manis
Minyak
Bunga Lawang
Kulit kayu manis
Daun kari

Cara2 Masak..
1. Panaskan minyak dan campakkan dulu daun kari bagi naik bau.. kemudian masukkan ayam dan goreng bersama..(untuk wangi). Goreng hingga masak dan garing tapi jgn over cooked yer.. Kemudian angkat ayam dan sebelahkan. Kalau lebihan minyak td banyak.. buangkan sedikit yer. Guna sikit je untuk tumisan.
2. Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi.. bersama serai yg dah diketuk dan bunga lawang serta kulit kayu manis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam tadi dan gaul hingga sebati.. Bagi sesiapa yg nk ada kuah sikit.. tambahkan secawan air.. kalau nk kering.. biarkan saja begitu..
4. Tuangkan kicap manis dan gaul lagi.Masa ni try la rasa2.. kalau kurang rasa rempah tu.. masuk kan sikit rempah sup tu dan gaulkan.. Bubuh dalam sesudu je ok. jgn byk..
5. Bila dah gaul sebati, masukkan bawang potong bulat td dan gaulkan hingga bahan2 sebati dan betul2 masak.

Siap untuk dimakan bersama nasi panas!!

Bagi hakaq.. .lauk ni satu je dah cukup mkn dgn nasi putih panas2.. x payah bergabung dgn lauk2 lain.. Yg ni x bergabung pun dia meletoopp... hehehe.. Cuba jangan x cuba.. Gambar nanti hakaq up ekk..

Mee Kuah Daging

Just a simple recipe from my own.. Mengenangkan daging korban dok tergolek2 dalam fridge tu ha.. so terjadilah resipi ini.... SIla lah mencuba yer.. :)






Bahan-bahannya...

Mee kuning - dicelur
Daging - direbus dan simpan air rebusan
Kuah kacang - ni aku bancuh kuah kacang segera.. bancuh dlm 1cawan je
Telur - direbus
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
Cili boh
Sos tomato
Garam
Gula
Minyak
Daun bawang*
Bawang Goreng*
Tauhu - digoreng dan dihiris nipis *

Bahan utk di kisar..
Bwg merah
Bwg putih
Halia

Cara2 masak...
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg di kisar td hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh.. ikut suka kalau nk pedas boh lbh.
3. Biarkan hingga cili garing.. sambil tu masuk garam gula..
4. Bila cili dah garing n pecah minyak.. bubuh sos tomato.. agak2 ikut selera sendiri ye..
5. Lps tu masuk kan daging yg dh direbus td.. tp jgn semua.. tinggalkan sikit utk dibuat hiasan nanti.
6. Masukkan air rebusan dgg.. pastu masukkan sekali kuah kacang yg dh siap bancuh td.
7. Kalau air rebusan x ckop.. nk lebih kuah.. masukkan air biasa..
8. Kacau bhn bg rata.. dan biarkan dia mendidih...
9. Dia akan jd pekat sendiri dgn kehadiran kuah kacang n sos tu.. so x yah tmbah apa2 yg lain utk bg kuah pekat...

Utk hidangan...
Sediakan mee td di dalam mangkuk, taburkan taugeh dan sawi.
Kemudian tuangkan kuah yg dah siap dimasak tadi.
Sebagai hiasan, taburkan daging yg dah dicarik tadi, tauhu, dan susun potongan telur rebus tu..
Kalau ada daun bwg n bwg goreng.. taburkan je la kat atas kasi cantik...
Bahang yg bertanda * tu sebenarnya optional.. kalau tak ada x pe.. :)

Selamat Mencuba..!!!!

June 23, 2016

Ayam Goreng Rempah



Bahan-bahan nya..

Ayam
Serai *
Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Jintan Manis *
Daun limau purut - hiris nipis
Rempah Kari Ayam/Daging
Garam
Kunyit
Daun Kari

Cara-caranya...

1. Basuh ayamn tu  bersih2 dan toskan. Ayam kene keringkan air dia sbb nt nk kene perap.
2. Blend bahan2 yang bertanda *
3. Bila ayam dh keing dan x berair lagi, masukkan bahan2 yg dah di blend td bersama garam kunyit, rempah dan daun limau purut
4. Gaul semua bahan2 tu bg rata dan sebati. Make sure kene pada semua bahagian ayam tu.
5. Perap lah ayam tu dalam 15-30 min. Tapi kalau lagi lama lagi sedap.
6. Masa untuk menggoreng - Panaskan api dengan minyak.. agak2 la nk byk mana. x payah deep fry sgt pun x pe.
7. Bila minyak dh panas, Campakkan daun kari tadi dan goreng2 kan dia hingga naik bau je.
8. Lepas tu bole lah masukkan ayam td. Guna api sederhana je menggoreng dan goreng la lama sikit hingga ayam garing.
9. Last sekali.. bila dah angkat ayam tu.. dkt kuali tu still ada serdak2 goreng tu kan.. haa.. cedok pelan2.. toskan guna penapis santan tu.. lepastu taburkan atas ayam tadi.

SIAP..!!! Selamat Mencuba u oollss..!! 

Meatball with Black Pepper Sauce

Ini resipi western yg paling simple jugak.
Bahan senang nk cari and senang di buat. Untuk yg bujang2 tu, yg malas nk masak yang renyah2.. yg ni pun bole.. kenyang dow mkn nih.. hehe..



Ok, untuk Meatball, saya suka beli jenama Ramly. Sebab isi daging dia padat.
So meatball tu td basuh bersih2 dan ditoskan.

Kemudian panaskan pan.. boh olive oil.. grill her meatball tu.. Tengah2 grill tu, taburkan sedikit oregano untuk perasa. Kalau x de olive oil tu, pakai butter pun x pe.

Agak2 dah garing and masak,, angkat la.. ok dah la tu.

Ni resipi untuk Black Pepper Sauce...

Bahan-bahan..

Serbuk lada hitam kasar (or bole tumbuk snediri lada hitam yg biji2 tu)
1 kiub parti ayam
Tepung jagung (dibancuh dgn air)
2 Sudu butter
Air
Garam
Kicap pekat

Cara-cara...
1. cairkan butter
2. masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan air
3. kacau hingga sebati
4. masukkan tepung jagung yg dh siap dibancuh tadi dan sedikit kicap pekat utk bg kaler hitam2 sikit
5. Siap

June 21, 2016

Roti Jala .. Kuah Manis .. Kari Ayam

Haa.. moh cuba buat roti jala yg simple dan cepat ni. Buat2 minum ptg..

Untuk makan bersama roti jala ni.. selalunya kita akan makan dengan Kari Ayam, Kuah Durian atau pun kuah manis. Resipi nk buat kuah manis ada dibawah. Tp kuah durian dan kari ayam.. nanti hakaq share di post yg lain yer..

Bahan-bahan untuk Roti Jala.

2 cawan tepung gandum
Pewarna kuning (jika x ada.. bubuh la kunyit sikit..
Secubit Garam
1 Biji Telur
Air

Cara-cara..
1. Blend semua bahan2 di atas hingga sebati
2. Kemudian biarkan sekejap dlm 10-15 min supaya tepung tu mesra dan kembang.
3. Ambil pan (kuali leper) panaskan minyak sedikit je.. sbb kita cuma bakar2 dia je.. dan minyak tu nanti bole ditambah sikit demi sikit semasa proses menjala tu nanti.
4. Bila pan dah panas.. gunalah acuan roti jala (yg kaler kuning seperti gamabr Mr. Google di bawah tu).



Lepas tu.. sila lah menjala.. kalau pan tu bulat.. pusing2 kan la mengayakan jalaan tu..
Bakar tu dgn api sederhana.. dan biarkan dia sedikit garing.
Kemudian anda buat lah mengikit citarasa sendiri.. Nak gulungkan dia ke.. Nak lipat2 saja ke.
Kalau saya buat sperti di bawah ni..
Siap!
Selamat Mencuba yer... :)



---------------------------------------------
Untuk kuah manis.. resipinya dibawah ni yer. Sorry x de gambar kuah manis.. lupa nk snap.. hehe..

Kuah Manis

Air
Santan
Gula Kabung
Gula Manis
Garam
Tepung jagung (dibancuh dgn air)

Cara-cara..
1. Rebuskan gula kabung tu di dalam air sehingga dia larut.
2. Bila dh larut dan dah x berketul, masukkan santan, secubit garam dan gula putih.
3. Gula putih tu ikut tahap kemanisan kita nk la. Tapi jgn byk sgt sbb gula kabung tu pun manis jugak.
4. Kacau hingga sebati.. kemudiankan masukkan tepung jagung td,.. utuk tujuakkepekatan. Terpulang jugak anda nk pekat mcm mana..
5. Kacau lg hingga sebati dan tidak berketul. Pastikan kuah tu pekat2 sikit dan likat.
SIAP..!!!

I'm BACK... Finally...

I am BACK..!!! 

Fuuhh.. berabuk blog ni ha.. punya lama x di-update.

Eh.. tp jgn igt i ollss x update respi i oolls x masak hokay.. Hakaq masak jer.. tp semenjak anak 2 org ni.. mmg time constrain sikit laa... Pindah randah laa.. itu ini.. byk la perkara2 yg berlaku sepanjang ketiadaan Update ni ha.. 

Insyallah in the next few days i ollss akan sambung balik UP resipi2 mengancam i ollss... 

Daaa..