June 23, 2016

Ayam Goreng Rempah



Bahan-bahan nya..

Ayam
Serai *
Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Jintan Manis *
Daun limau purut - hiris nipis
Rempah Kari Ayam/Daging
Garam
Kunyit
Daun Kari

Cara-caranya...

1. Basuh ayamn tu  bersih2 dan toskan. Ayam kene keringkan air dia sbb nt nk kene perap.
2. Blend bahan2 yang bertanda *
3. Bila ayam dh keing dan x berair lagi, masukkan bahan2 yg dah di blend td bersama garam kunyit, rempah dan daun limau purut
4. Gaul semua bahan2 tu bg rata dan sebati. Make sure kene pada semua bahagian ayam tu.
5. Perap lah ayam tu dalam 15-30 min. Tapi kalau lagi lama lagi sedap.
6. Masa untuk menggoreng - Panaskan api dengan minyak.. agak2 la nk byk mana. x payah deep fry sgt pun x pe.
7. Bila minyak dh panas, Campakkan daun kari tadi dan goreng2 kan dia hingga naik bau je.
8. Lepas tu bole lah masukkan ayam td. Guna api sederhana je menggoreng dan goreng la lama sikit hingga ayam garing.
9. Last sekali.. bila dah angkat ayam tu.. dkt kuali tu still ada serdak2 goreng tu kan.. haa.. cedok pelan2.. toskan guna penapis santan tu.. lepastu taburkan atas ayam tadi.

SIAP..!!! Selamat Mencuba u oollss..!! 

Meatball with Black Pepper Sauce

Ini resipi western yg paling simple jugak.
Bahan senang nk cari and senang di buat. Untuk yg bujang2 tu, yg malas nk masak yang renyah2.. yg ni pun bole.. kenyang dow mkn nih.. hehe..



Ok, untuk Meatball, saya suka beli jenama Ramly. Sebab isi daging dia padat.
So meatball tu td basuh bersih2 dan ditoskan.

Kemudian panaskan pan.. boh olive oil.. grill her meatball tu.. Tengah2 grill tu, taburkan sedikit oregano untuk perasa. Kalau x de olive oil tu, pakai butter pun x pe.

Agak2 dah garing and masak,, angkat la.. ok dah la tu.

Ni resipi untuk Black Pepper Sauce...

Bahan-bahan..

Serbuk lada hitam kasar (or bole tumbuk snediri lada hitam yg biji2 tu)
1 kiub parti ayam
Tepung jagung (dibancuh dgn air)
2 Sudu butter
Air
Garam
Kicap pekat

Cara-cara...
1. cairkan butter
2. masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan air
3. kacau hingga sebati
4. masukkan tepung jagung yg dh siap dibancuh tadi dan sedikit kicap pekat utk bg kaler hitam2 sikit
5. Siap

June 21, 2016

Roti Jala .. Kuah Manis .. Kari Ayam

Haa.. moh cuba buat roti jala yg simple dan cepat ni. Buat2 minum ptg..

Untuk makan bersama roti jala ni.. selalunya kita akan makan dengan Kari Ayam, Kuah Durian atau pun kuah manis. Resipi nk buat kuah manis ada dibawah. Tp kuah durian dan kari ayam.. nanti hakaq share di post yg lain yer..

Bahan-bahan untuk Roti Jala.

2 cawan tepung gandum
Pewarna kuning (jika x ada.. bubuh la kunyit sikit..
Secubit Garam
1 Biji Telur
Air

Cara-cara..
1. Blend semua bahan2 di atas hingga sebati
2. Kemudian biarkan sekejap dlm 10-15 min supaya tepung tu mesra dan kembang.
3. Ambil pan (kuali leper) panaskan minyak sedikit je.. sbb kita cuma bakar2 dia je.. dan minyak tu nanti bole ditambah sikit demi sikit semasa proses menjala tu nanti.
4. Bila pan dah panas.. gunalah acuan roti jala (yg kaler kuning seperti gamabr Mr. Google di bawah tu).



Lepas tu.. sila lah menjala.. kalau pan tu bulat.. pusing2 kan la mengayakan jalaan tu..
Bakar tu dgn api sederhana.. dan biarkan dia sedikit garing.
Kemudian anda buat lah mengikit citarasa sendiri.. Nak gulungkan dia ke.. Nak lipat2 saja ke.
Kalau saya buat sperti di bawah ni..
Siap!
Selamat Mencuba yer... :)



---------------------------------------------
Untuk kuah manis.. resipinya dibawah ni yer. Sorry x de gambar kuah manis.. lupa nk snap.. hehe..

Kuah Manis

Air
Santan
Gula Kabung
Gula Manis
Garam
Tepung jagung (dibancuh dgn air)

Cara-cara..
1. Rebuskan gula kabung tu di dalam air sehingga dia larut.
2. Bila dh larut dan dah x berketul, masukkan santan, secubit garam dan gula putih.
3. Gula putih tu ikut tahap kemanisan kita nk la. Tapi jgn byk sgt sbb gula kabung tu pun manis jugak.
4. Kacau hingga sebati.. kemudiankan masukkan tepung jagung td,.. utuk tujuakkepekatan. Terpulang jugak anda nk pekat mcm mana..
5. Kacau lg hingga sebati dan tidak berketul. Pastikan kuah tu pekat2 sikit dan likat.
SIAP..!!!

I'm BACK... Finally...

I am BACK..!!! 

Fuuhh.. berabuk blog ni ha.. punya lama x di-update.

Eh.. tp jgn igt i ollss x update respi i oolls x masak hokay.. Hakaq masak jer.. tp semenjak anak 2 org ni.. mmg time constrain sikit laa... Pindah randah laa.. itu ini.. byk la perkara2 yg berlaku sepanjang ketiadaan Update ni ha.. 

Insyallah in the next few days i ollss akan sambung balik UP resipi2 mengancam i ollss... 

Daaa..