June 21, 2016

Roti Jala .. Kuah Manis .. Kari Ayam

Haa.. moh cuba buat roti jala yg simple dan cepat ni. Buat2 minum ptg..

Untuk makan bersama roti jala ni.. selalunya kita akan makan dengan Kari Ayam, Kuah Durian atau pun kuah manis. Resipi nk buat kuah manis ada dibawah. Tp kuah durian dan kari ayam.. nanti hakaq share di post yg lain yer..

Bahan-bahan untuk Roti Jala.

2 cawan tepung gandum
Pewarna kuning (jika x ada.. bubuh la kunyit sikit..
Secubit Garam
1 Biji Telur
Air

Cara-cara..
1. Blend semua bahan2 di atas hingga sebati
2. Kemudian biarkan sekejap dlm 10-15 min supaya tepung tu mesra dan kembang.
3. Ambil pan (kuali leper) panaskan minyak sedikit je.. sbb kita cuma bakar2 dia je.. dan minyak tu nanti bole ditambah sikit demi sikit semasa proses menjala tu nanti.
4. Bila pan dah panas.. gunalah acuan roti jala (yg kaler kuning seperti gamabr Mr. Google di bawah tu).



Lepas tu.. sila lah menjala.. kalau pan tu bulat.. pusing2 kan la mengayakan jalaan tu..
Bakar tu dgn api sederhana.. dan biarkan dia sedikit garing.
Kemudian anda buat lah mengikit citarasa sendiri.. Nak gulungkan dia ke.. Nak lipat2 saja ke.
Kalau saya buat sperti di bawah ni..
Siap!
Selamat Mencuba yer... :)



---------------------------------------------
Untuk kuah manis.. resipinya dibawah ni yer. Sorry x de gambar kuah manis.. lupa nk snap.. hehe..

Kuah Manis

Air
Santan
Gula Kabung
Gula Manis
Garam
Tepung jagung (dibancuh dgn air)

Cara-cara..
1. Rebuskan gula kabung tu di dalam air sehingga dia larut.
2. Bila dh larut dan dah x berketul, masukkan santan, secubit garam dan gula putih.
3. Gula putih tu ikut tahap kemanisan kita nk la. Tapi jgn byk sgt sbb gula kabung tu pun manis jugak.
4. Kacau hingga sebati.. kemudiankan masukkan tepung jagung td,.. utuk tujuakkepekatan. Terpulang jugak anda nk pekat mcm mana..
5. Kacau lg hingga sebati dan tidak berketul. Pastikan kuah tu pekat2 sikit dan likat.
SIAP..!!!

No comments: