October 19, 2016

Mee Kuah Daging

Just a simple recipe from my own.. Mengenangkan daging korban dok tergolek2 dalam fridge tu ha.. so terjadilah resipi ini.... SIla lah mencuba yer.. :)






Bahan-bahannya...

Mee kuning - dicelur
Daging - direbus dan simpan air rebusan
Kuah kacang - ni aku bancuh kuah kacang segera.. bancuh dlm 1cawan je
Telur - direbus
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
Cili boh
Sos tomato
Garam
Gula
Minyak
Daun bawang*
Bawang Goreng*
Tauhu - digoreng dan dihiris nipis *

Bahan utk di kisar..
Bwg merah
Bwg putih
Halia

Cara2 masak...
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg di kisar td hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh.. ikut suka kalau nk pedas boh lbh.
3. Biarkan hingga cili garing.. sambil tu masuk garam gula..
4. Bila cili dah garing n pecah minyak.. bubuh sos tomato.. agak2 ikut selera sendiri ye..
5. Lps tu masuk kan daging yg dh direbus td.. tp jgn semua.. tinggalkan sikit utk dibuat hiasan nanti.
6. Masukkan air rebusan dgg.. pastu masukkan sekali kuah kacang yg dh siap bancuh td.
7. Kalau air rebusan x ckop.. nk lebih kuah.. masukkan air biasa..
8. Kacau bhn bg rata.. dan biarkan dia mendidih...
9. Dia akan jd pekat sendiri dgn kehadiran kuah kacang n sos tu.. so x yah tmbah apa2 yg lain utk bg kuah pekat...

Utk hidangan...
Sediakan mee td di dalam mangkuk, taburkan taugeh dan sawi.
Kemudian tuangkan kuah yg dah siap dimasak tadi.
Sebagai hiasan, taburkan daging yg dah dicarik tadi, tauhu, dan susun potongan telur rebus tu..
Kalau ada daun bwg n bwg goreng.. taburkan je la kat atas kasi cantik...
Bahang yg bertanda * tu sebenarnya optional.. kalau tak ada x pe.. :)

Selamat Mencuba..!!!!

No comments: