October 21, 2008

Bengkang Pandan


Bahan-bahannya ialah.....
6-8 helai daun pandan
5 helai daun pandan serani
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan gula
Sedikit butter/magerin


Cara-cara membuatnya :-

1. Basuh daun pandan bersih2, potong2 kecik dan blander kan daun pandan dan daun pandan serani tadi tu. Daun pandan serani tu kecik2 je, tujuan utk kasi warna nmpak lebih hijau semulajadi. (Tgk gambar - daun pandan serani)
2. Masukkan santan tadi ke dalam air perahan daun pandan tadi tu.
3. Amik bekas lain, pecahkan telur tadi dan pukul telur bersama2 gula tadi hingga sebati. Lepas tu dalam adunan yg sama, masukkan tepung dan kacau bersama adunan telur dan gula tu hingga sebati.
4. Bila dah sebati, tuangkan adunan pertama, iaitu santan dengan air perahan daun pandan tadi tu, sedikit demi sedikit. Pastu kacau pelahan-lahan hingga sebati.
5. Sapukan sedikit butter pada loyang pembakar untuk mengelakkan melekat bila dah masak dan tuangkan adunan tadi, ratakan.
6. Bakar atas dapur gas biasa je dalam masa 1-2 jam.
7. Sedia dihidang... makan panas2 sedap wwooo...



Ni la dia rupenyer daun pandan serani. Dia lebih kecik dari daun pandan biasa. Tapi sama wangi mcm daun pandan biasa..

4 comments:

Anonymous said...

zai, mana nk dpt daun pandan serani 2..klu xde cane?

Zaimun Yahyah said...

kalau x de pun x pe.. saje temabh supaya nmpak lbh hijau. kalau x de, ko lebihkan sikit daun pandan tu biasa tu...

amrina said...

mcm mana nk guna atas dapur??
guna oven x leh ke??

Zaimun Yahyah said...

guna oven pun boleh jugak, tp kene tahu la berapa lama n suhunya mcm ner. sy biasa masak atas dapur je, tradisional style, lg sedap. kalau pakai oven keraknya tebal...