October 22, 2008

Rendang Ayam - Resipi mak aku...


Heheh... Memandangkan hari ni aku raya... selepas akhirnya berjaya menamatkan puasa 6 aku, aku pun menyambutnya dengan meriah... Ceewwaahhh.. Poyo je...
Hari ni aku buat nasi impit dengan Rendang Ayam. Rendang ni resipi mak aku. Mak aku dok sebelah la jadi mando, merangkap Advisor. So, aku la yg memasaknya.. Heheh... Tapi resipi yg aku bg kat bawah ni korang kene agak2 la sendiri sukatannya ye. Sebab aku masak untuk makan berdua je.. Tak banyak....


Bahan-bahannya :-
Ayam
Halia - dikisar
Lengkuas - dikisar
Bawang Merah&Putih - dikisar
Serai - diketuk
Kerisik
Santan
Cili Mesin
Sedikit minyak
Sedikit Gula Merah
Sedikit garam

Cara-cara Membuatnya :-
1. Blender dulu semua bhn2 tumisan; serai, lengkuas, halia, bawang merah & bawang putih.
2. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan2 yg telah di blender tadi hingga naik bau. Dan masukkan juga cili mesin tu. Agak2 la cili tu nk pedas mana yek.
3. Lepas bahan2 tadi dh sebati dan dah naik bau, boleh la masukkan santan. Kacau hingga sebati.
4. Bila semua ramuan telah dimasukkan tadi dan dh pun sebati, masukkan sedikit gula merah dan garam secukup rasa.
5. Sesudah itu, baru lah masukkan kerisik.
6. Biar semua ramuan tu sebati dan sedikit pekat, barulah jatuhkan ayam tadi. Kacau hingga sebati dan naik minyak.
7. Biarkan hingga betul2 masak dan kene selalu keep on kacau. Kalau boleh jgn tinggalkan mendidih sendiri, supaya tidak melekat atau hangus di bahagian bawah.
8. Siap dihidang.....

p/s : Lagi sedap kalo makan ngan nasi impit... Peerrgghhh... (lari diet aku..!!)

No comments: