September 23, 2010

Mee Kuah Special Ala Zai...

Semalam mmg ketandusan idea nk masak pe... So, tgk2 dlm fridge ada Mee dan bahan2. So, terfikir nk buat Mee Kuah Special. Actually semalam sempat gak jengk2 resipi dr internet.. Tp x menepati citarasa. So, aku olah sendiri laa resipi Mee Kuah ni ikut citarasa aku sendiri... Hehehe...
Here the Recipes... Lets try... ;)



Bahan-bahannya ialah...
Mee
Kacang tumbuk
Cili Boh/Mesin
Cili Sos
Rempah Kari Ayam/Udang
Bawang Merah - ditimbuk
Bawang Putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Belacan secukup rasa
Garam secikup rasa
Udang - direbus
Air Rebusan Udang


Cara-cara Membuatnya...
1. Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 yg ditumbuk tadi hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit rempah kari ayam/udang dan cili mesin/boh tadi dan biarkan hingga garing.
3. Kemudian masukkan belacan, kacang tumbuk dan sedikit garam secukup rasa.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan Air rebusan udang serta udang yg direbus tadi buangkan kulitnya dan potong kecik2, masukkan sekali.
5. Kacau hingga sebati dan mendidih dan kemudian masukkan cili sos.
6. Siap untuk dihidang.

Untuk Rencah2 nya...
Taugeh - dicelur
Daun Sup
Ayam Rebus yg dicarik
Tahu Goreng
Bawang Goreng
Telur Rebus
Cili merah - dihiris
Bawang Merah - dihiris nipis


Siap untuk dihidang dan makan.... hehe.. Selamat Mencuba..!!!!

September 4, 2010

Nasi Ayam (kuning)

Ermm.. hari tu ltak gmbar dr internet je kan.. So, ni la gmbar nasi ayam yg aku masak sendiri... Hehehe.. Ni nasi ayam kuning.. Sesetengah org, buat nasi ayam wrna putih2 biasa jer..
Here the recipes.... ;)


Bahan-bahannya..
Beras
Kiub pati ayam
Bunga lawang
Kulit Kayu Manis
Sedikit kunyit

Cara-cara Membuatnya...
1. Basuh beras bersih dan bubuh air ikut sukatan seperti masak nasi biasa.
2. Hancurkan kiub pati ayam dengan air panas dan masukkan dalam periuk nasi tadi.
3. Masukkan juga kulit kayu manis dan bunga lawang tadi dan sedikit saja kunyit supaya nasi nanti warna kuning.
4. Kacau beras tadi dengan bahan2 supaya bila masak nanti nasi tu x bertompok warna kuning.
5. Masak macam biasa dalam periuk nasi.. ;)
6. SIAP...!!!

Untuk makan bersama sebagai ulaman..
1. Salad
2. Tomato
3. Timun
4. Kobis

Juga untuk sambal dan kicap...
Sambal :- 
1. Blend cili merah, bawang putih hingga lumat. Lepas tu perah asam limau dan kacau.

Kicap :-
1. Tumis bawang putih, masukkan sikit air, kicap pekat, kicap masin dan sos tiram. Gaul hingga mendidih dan siap...

Untuk Ayamnya...
Tengok resipi Ayam Perap yg aku post sebelum nih...

Ketam Goreng Bercili


 Bahan-bahannya ialah...
Ketam
Bawang Merah - potong bulat
Bawang Putih - dicincang halus
Cili boh/mesin
Sos Cili
Lemon
Garam
Gula
Sedikit Minyak

Cara Membuatnya...
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan cili boh/mesin. Kacau dan biarkan sehingga cabai garing.
3. Masukkan sos cili, garam, gula dan ketam. Gaul hingga sebati. Gula tu boleh letak lebih sikit untuk naturalize kan rasa pedas cili boh tadi.
4. Kemudian, perah buah lemon. Amik jus secukup rasa. Cukup setakat ada rasa sedikit masam.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar yg dipotong bulat tadi sebagai hiasan.
6. Gaul sebati, dan pastikan ketam dah cukup masak.
7. Siap dihidang....

SELAMAT MENCUBA...!!!

Ayam Perap

Ni adalah makanan kegemaran my hubby. So do I... ;) Semalam untuk menu berbuka, aku buat nasi ayam perap.. Ni la ayam perap nyer.. hehe...
Here the recipes....


Bahan-Bahannya ialah....
Ayam
Sos Tiram
Sos Cili
Kicap Pekat
Kicap Masin
Kunyit
Garam
Telur
Bawang putih - ditumbuk
Serai - ditumbuk
Serbuk Lada hitam/lada sulah

Cara-cara Membuatnya....
1. Basuh ayam bersih2 dan toskan.
2. Campurkan semua bahan2 bersama ayam yg telah ditos tadi dan gaul hingga sebati.
3. Kemudian balut bekas tu dgn plastik or bubuh dlm tupperware.
4. Perap didalm fridge selama yg boleh la. Plg sekejap sejam. Lagi lama lagi sedap... ;)
5. Kemudian goreng seperti biasa. Semasa menggoreng, kalau nk lebih harum, boleh taburkan daun kari.
6. Siap dihidang....