December 16, 2008

Pegedel Daging

**Re-update on 18/7/2013



Bahan-Bahannya ialah...

- Daging cincang
- 5 biji Ubi kentang (kalau daging byk, lebihkan la sikit)
- Sedikit garam
- Sedikit lada hitam
- Sedikit lada sulah
- Daun sup dicincang halus
- Telur
- Serbuk roti - aku tumbuk roti 4segi/hupseng tu jer.

Cara-cara membuatnya....

1. Basuh dan potong ubi kentang kemudian rebuskan.
2. Masukkan sedikit garam semasa merebus dan rebus hingga ubi kentang betul2 empuk.
3. Bila ubi dah empuk, angkat dan terus lenyek ubi tu hingga hancur.
4. Kemudian masukkan semua bahan2 yg lain dan gaulkan bersama ubi yg telah dilenyek tadi hingga sebati.
5. Dah siap gaul, bentukkan pegedel tadi bulat2 mengikut saiz kesukaan masing2.

Untuk menggoreng..
1. Pukul telur bersama serbuk roti tadi.
2. Kemudian celupkan rata pegedel yg telah dibentuk tadi dan goreng dengan api sederhana.

Siap untuk dihidang..!!!

Sebelum digoreng


SELAMAT MENCUBA...!!!!

No comments: