July 1, 2008

Bubur Pulut Hitam

Hari ni tiba2 jadi pompuan ngidam..terinigin nk makan bubur pulut hitam. Konon2 tadi nk beli jer kat belakang umah tu ade jual bubur sedap. Tapi mak aku kata x yah beli, kat umah mmg ade pulut hitam...masak jer sendiri... Dia kata bukan susah pun masak bubur ni. So, aku pun try la. Macam biasa ni resipi mak aku jugak. Almaklumlah kan, org tua ni banyak resipi and petua2 memasak ni... Hehehe.... So..ni la hasilnya bubur pulut hitam aku.

Nanti korang try la buat plak. Memang betol kata mak aku, x susah buat bubur ni. So, try it.. buat2 minum petang ngan family.... :)
Here the recipes....

(Anggaran utk 4-5 org makan)
Bahan-bahannya ialah.....
1 cawan penuh pulut hitam
Santan dari sebiji kelapa
Gula putih secukup rasa
2 helai Daun Pandan

Cara-cara membuatnya:-
1. Pertama sekali pulut hitam mesti dibasuh bersih dan direbus sehingga kembang. Semasa merebus, jika air rebusan semakin kering, tetapi pulut belum kembang, tambahkan lagi air, begitu la seterusnya hingga pulut benar2 kembang/lembut.
2. Bila pulut dah kembang, masukkan santan tadi, kacau hingga sebati. Biarkan santan tu bebetul masak. Kene keep on kacau supaya x pecah minyak.
3. Masukkan gula mengikut citarasa masing2. Sebab ada yg suker manis so boleh la letak lebih.
4. Biarkan ia mendidih dan masukkan daun pandan tadi. Daun pandan pun perlu dibasuh bersih2 dan diikat. Untuk bubur tu berbau harum....
5. Siap untuk dihidang.

No comments: