August 19, 2011

Kuetiaw KungFu

Wacchhaa..!! Ni dia.. kuetiaw kungfu. Minat gak makan ni.. Sedaaapp...hehe.. Marilah kita sama2 mencuba ini resipi yg lazat yer.. hehehe..



Bahan-bahanya ialah... (untuk 4org makan)
Kuetiaw - sebungkus
Telur
Putih telur
Carrot - sebatang
Bunga kobis
Putik Jagung
Ayam - isi sahaja potong dadu
Udang
Tepung Jagung
Bawang putih - 5 ulas ditumbuk
Bawang merah - sebelah dihiris bulat2 nipis.
Air
Cili merah - dihiris serong
Cili api - dalam 5-6biji ditumbuk
Serai - sebatang dititik

Cara-cara membuatnya..
(Untuk Gravy)
1. Tumis bawang putih hingga naik bau bersama serai dan cili api.
2. Masukkan ayam dan udang serta air mengikut sukatan yg dikehendaki.
3. Masukkan semua sayur2 tadi, carrot, bunga kobis dan putik jagung.
4. Biarkan hingga mendidih
5. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk bagi kuahnya pekat. serta masukkan putih telur tadi.
6. Gaul hingga sebati dan siap.

Untuk kuetiaw
1. Gaul kuetiaw dengan telur yg dah dipukul. Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
2. Panaskan minyak, kemudian masukkan kuetiaw yg dah digaul dengan telur tadi.
3. Goreng hingga garing.

Hidang kuetiaw yg disalut telur tadi bersama kuah yg dimasak tadi.
Untuk hiasan, taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang.
Siap dihidang...

SELAMAT MENCUBA...!!!!!


No comments: