August 20, 2011

Tiki Mushroom

Resipi dari my auntie.. Nyum Nyum...!! Tapi saya olah2 la sikit ikut selera sediri. Hehe.. Sila laa cuba.. mmg sedap..


Bahannya...
3-4 biji ubi kentang - direbus hingga lembut
1 tin Button mushroom - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Daun sup & daun bawang - dipotong nipis
1 biji carrot - di sagat halus
Sedikit serbuka lada hitam/lada sulah
Sedikit garam
Sedikit kunyit
1 biji telur

Cara membuatnya..
1. Lenyek atau tumbuk ubi kentang yg telah direbus lembut tadi.
2. Masukkan mushroom, bawang besar, daun sup&bawang, carrot, garam dan kunyit tadi. Gaul hingga sebati.
3. Biarkan seketika... lebih kurang setengah jam.
4. Kemudian bentukkan bulat2 kecik.
5. Pukul telur hingga kembang.
6. Celupkan adunan yg dah dibentuk bulat2 tadi dalam telur, dan gorengkan dengan api yg sederhana.
7. Siap dihidang.


No comments: