July 23, 2013

Set Nasi Tomato + Ayam Masak Merah



Nasi Tomato

Bahan-Bahan 
3 1/2 pot Beras - cuci bersih dan toskan
2 biji Bawang Merah - 1 biji Dikisar & 1 biji hiris nipis
5ulas Bawang Putih - Dikisar
1 inci Halia - Dikisar
1 1/2 cawan Susu Segar
1 tin kecil tomato puri
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Butter
1 sk Garam
Air

Cara-Cara 
1. Panaskan periuk nasi tu saja, kemudian cairkan butter.
2. Tumis bahan yg dikisar tadi bersama bawang yg dihiris nipis, bunga lawang dan kulit kayu  manis.
3. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan susu dan tomato puri. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian angkat periuk nasi dan masukkan ke dalam rice cooker tadi.
6. Masukkan beras bersama air mengikut sukatan.
7. Kalau ada daun pandan, boleh bubuh sekali untuk bagi wangi.
8. Gaulkan beras tadi hingga sebati dan biarkan ia masak seperti biasa.
9. Tapi kena selalu tgk nasi ni from time to time, x bole tinggal mcm masak nasi biasa tu.
10. Bila nasi dah masak dan kering mcm biasa, gaul dan gemburkan nasi. SIAP..!!

Ayam Masak Merah

Untuk resipi ayam masak merah sila click sini yer.
Resipi Ayam Masak Merah


No comments: