May 10, 2008

Mee/Kuetiaw Kungfu & Hailam

MEE/KUETIAW KUNG-FU

1 bungkus yee mee (mee kering yang senang didapat di Pasaraya) atau 1 bungkus kuetiaw.

Untuk kuahnya:
2 -3 potong Ayam (dipotong kecil) ikut suka anda
5/6 ekor Udang - saiz ikut suka
Sotong
Kobis - potong kecil
Sawi
Baby corn
Carrot
2 ketul Kiub pati ayam maggi
1 pkt Serbuk bihun sup adabi -
2 biji Telor putih
2-3 sudu teh Sos tiram

Hiasan :
Cili padi/ cili merah
Daun sup @ daun bawang
Bawang goreng

1. Mula-mula didih kan air untuk membuat kuahnya. Masukkan ayam, dan udang. Biarkan seketika.
2. Kemudian masakkan sotong (sotong last b'coz dia cepat masak), Masukkan 2 kiub pati ayam maggi dan serbuk bihun sup adabi. Kacau.
3. Masukkan 3-4 sudu sos tiram. Kacau.
4. Apabila dah sebati, masukkan sayur-sayuran spt. carrot, babycorn, kobis, dan last sekali sawi.
5. Jangan jerang terlalu lama, sayur-sayur ini cepat masak.
6. Agak-agak 5-7mins. masukkan 2 biji telor putih. Caranya:
Asingkan telor putih dan kuning. Tak perlu kacau. Masukkan teros didalam kuah yang tengah mendidih tadi. Biarkan 2 mins. Dan kacau perlahan-perlahan.
Apabila telor masak, kuah anda akan nampak cantik dengan pecahan-pecahan telor yang telah dikacau perlahan tadi.
7. Laslty, masuk kan tepung jagung. Caranya :
Ambil 2 sudu tepung jagung, campurkan dengan ½ cawan air panas. Kacau sebati.
Apabila anda ingin mencurahkan kedalam periuk kuah yang didih tadi, pastikan anda menggunakan tapis supaya kuah tidak berketul-ketul. Jika kuah tidak pekat, tambah lagi dengan cara yang sama sehingga kuah agak pekat. Lebih pekat lebih sedap.
8. Kemudian tutup api dan hidangkan.

Cara hidang:
1. Masukkan seketul yee mee dalam pinggan kuah atau mangkuk cina. Taburkan cili padi atau cili merah, daun sup dan bawang goreng atasnya.
2. Kemudian curahkan kuah yang panas. Gaulkan dengan mee.
3. Siap untuk dimakan. Sedap dimakan waktu panas-panas.
4. Cubalah sendiri, belum cuba belum tahu......dah makan nak masak lagi.

Cara Menghidang:
1) Untuk menghidang, masukkan seketul yee mee/kuetiaw dalam mangkuk cina atau pinggan kuah. Jangan hancurkan atau pecah-pecahkan nya. Tak perlu direndam. Ia perlu keras dan rangup.
2) Kemudian taburkan sedikit cili api/cili merah dan daun sup.
3) Kemudian masukkan kuah yang panas didih tau. Tak cukup didih tak best.
4) Lepas tu boleh lah dimakan. Pasti sedap.

*************************************************************

MEE/KUETIAW HAILAM


PETUA
1. Memasak mee.kuetiaw hailam atau masakan mee.kuetiaw berkuah yang sedap hendaklah menggunakan air rebusan, jangan menggunakan air paip - tak kick..
2. Mee yang hendak digunakan hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang lebihan minyak dan soda yang digunakan. Dengan cara ini juga mee akan tetap lembut.

Cara-cara menyediakan air rebusan
1kg rangka ayam 1 ½ liter air,
1 labu bawang putih
1 inci halia yang telah diketuk.

1. Masaklah hingga mendidih dan renehkan hingga airnya berubah menjadi keruh dan tinggal separuh sahaja.
2. Kemudian ditapis dan dicampurkan sedikit lada sulah dan sedikit tepung jagung. Renehkan hingga pekat.
3. Sedia digunakan untuk memasak mee/mihun/ kuetiaw

Bahan-bahan MEE/KUETIAW HAILAM
Mee kuning/kuetiaw biasa
Bawang putih diketuk
sedikit lada kisar, jika suka pedas
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa
air rebusan ayam + kicap pekat dan sos tiram
sedikit udang/sotong/fishball/ayam
Sayur sawi/kailan/babycorn/karot/bunga kobis
cili merah, dipotong-potong
sedikit daun sadri dan potongan limau nipis.

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan lada kisar. Campurkan udang/sotong/fishball dan isi ayam.
2. Kemudian masukkan air rebusan, kicap pekat, sos tiram, garam dan serbuk perasa.
3. Bila telah mendidih, masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali mee. Kacau-kacaukan sebentar kemudian bolehlah diangkat.
Ketika menghidang, taburkan sedikit potongan cili merah, daun sadri dan juga potongan limau nipis. Boleh juga dihidangkan bersama cili hijau jeruk.

3 comments:

hastuzam said...

Dah cuba resepi mee kung fu..bests sgt..thanks for kongsi resepi.. patut la dh nak tawin..dah buleh masak anak omak nie..sodap plak tu heee..heee

Zaimun Yahyah said...

hehe.. tq..tq..
resipi simple2 jer tuh.. ;)

Anonymous said...

eh, gambar mee kungfu tu kan kak hanieliza punya