August 19, 2010

Kuetiaw/Mee Kicap Ipoh

Ha.. semalam berbuka menu mee/kuetiaw kari. Hari ni buat kuetiaw/mee kicap pulak. Teringin la plak.. Hehehe.. Almaklum laa.. berpuasa di Penang, juadah nyer x sama mcm di Ipoh.Here the recipes...





Bahan-bahannya ialah...
Ikan bilis - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Kicap manis
Kicap pekat
Sos Tiram
Lada sulah
Sedikit garam
Fish Ball / Fish Cakes
Sedikit rempah sup
Taugeh
Daun Sup/Bawang
Sedikit Minyak
Sedikit Garam
Cili Mesin/Boh
Air asam

Cara-cara Membuatnya....
(Untuk Kuah Kicap)
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bawang putih dan sedikit ikan bilis yg telah ditumbuk tadi.
2. Selepas naik bau, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sedikit lada sulah.
3. Masukkan sedikit air.
4. Kacau non-stop hingga kuah kelihatan pekat. Kalau nk extra pekat, boleh bancuh sedikit tepung dan masukkan.
5. Bila kuah seudah pekat, tutup api dan siap.

(Untuk Sup)
1. Rebuskan air hingga separa mendidih.
2. Masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk tadi dan sedikit rempah sup.
3. Masukkan juga sedikit garam.
4. Kacau  dan biarkan hingga mendidih.
5. (Optional) : Untuk Fishball/Fishcakes ikut selera masing2. Kalau nk rebus asing pun boleh. Atau masukkan sekali dalam sup. Kalau masukkan dalam sup, basuh bersih2, dan masukkan ketika sup sedang mendidih.

(Untuk Sambal)
1. Panaskan minyak, tumiskan cili mesin/boh hingga garing.
2. Setelah cili betul2 garing, masukkan garam dan gula.
3. Tuangkan sedikit air asam jawa.
4. Kacau hingga sebati, siap.

Hidangan...
Semasa hidangan, letakkan kuetiaw/mee yg telah dicelur tadi didalam pinggan, taburkan taugeh dan daun sup. Kalau ada sedikit kuah kari(mee kari) boleh tuangkan sekali sebagai penambah kesedapan.. hehe)
Makan bersama sup dan sambal tadi.
Siap untuk dimakan...!!!

SELAMAT MENCUBA....!!!!

No comments: