August 18, 2010

Mee/Kuetiaw Kari Ipoh

Menu berbuka hari ni ialah Mee/Kuetiaw Kari Ipoh mari... Hehehe.. Lama x buat Mee Kari sendiri. Lagipun x de masa nak buat, n x de sapa nk makan. Kalau setakat makan sengsorang mmg mls nk masak. beli jer.. heheh.. Tapi kali ni berbuka ramai2 sekali ngan husband n in laws.. so ada laa mood nk masak... ceewaaah...
Here the recipes....


Bahan-bahannya ialah....
Mee / Kuetiaw
Bawang Merah+Putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Cili Mesin/Boh
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih
Daun kari
Rempah Kari Ayam+Ikan
Santan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Sawi
Taugeh
Daun Sup
Bawang Goreng
Fish cake
Fish ball

Cara-cara membuatnya...
1.Panaskan minyak, dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi bersama daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Setelah itu, masukkan rempah kedua2 rempah kari yg dah dibancuh tadi. Masukkan sedikit air, dan biarkan seketika hingga rempah garing.
3. Kemudian masukkan sedikit cili mesin/boh mengikut tahap kepedasan masing2. Gaul hingga sebati dan naik bau.
4. Masukkan ayam, gaul seketika dan kemudian masukkan pati santan dan sedikit air.
5 Biarkan hingga mendidih, kemudian masukkan fish cake dan fishball yg telah dibasuh bersih. (Optional - kalau x nak masuk sekali, boleh celur/goreng dan taburkan semasa nk makan.)
6. Biar seketika, kacau hingga sebati dan mendidih.
7. Celur sedikit sawi dan taugeh yg dah dipotong untuk ditaburkan semasa makan.
8. Hidang Mee/Kuetiaw bersama sawi, taugeh, taburan daun sup dan bawang goreng dan tuangkan kuah kari yg dah dimasak tadi.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan...

SELAMAT MENCUBA...!!!!!!

No comments: